User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Ramai di antara pemilik syarikat atau perniagaan tidak menyedari bahawa syarikat atau perniagaan mereka akan mendapat manfaat yang besar dengan memiliki sebuah laman web.

Statistik menunjukkan Malaysia muncul negara ketiga yang mencatatkan peratusan tertinggi dalam segmen pengguna internet dengan nilai sebanyak 67% selepas Singapura dan Brunei yang dikira daripada jumlah keseluruhan pengguna internet di seluruh Asia Tenggara iaitu kira-kira 252.4 juta orang.

- Sumber: Harian Metro 30 Disember 2015

Rakyat Malaysia menggunakan purata lima jam sehari melayari internet dan menurut laporan Prestasi Industri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), terdapat 19.2 juta pengguna internet di Malaysia dan 15.6 juta daripada mereka aktif dalam media sosial seperti facebook, Instagram, twitter dan sebagainya.

Dengan mengeluarkan sedikit pelaburan untuk memiliki sebuah laman web, perniagaan anda akan lebih berdaya saing dan seterusnya mampu menjana keuntungan yang berterusan melalui pemasaran digital yang semakin canggih.

Ketahui 08 sebab kenapa anda memerlukan laman web.

 

Sebab #01: Kredibiliti Perniagaan Terserlah. 

Hari ini, lebih ramai pengguna menggunakan internet untuk mencari produk atau perkhidmatan yang mereka perlukan. Perniagaan anda akan mudah ditemui dan seterusnya mendapat kredibiliti yang tinggi.

Tanpa laman web, kemungkinan besar anda tidak mampu bersaingan di peringkat global. Bakal pelanggan anda mungkin akan pergi ke pesaing yang telah mempunyai laman web.

 

Sebab #2: Menjimatkan Wang Anda.

Penjimatan pada kos pengiklanan dapat dibuat jika dibandingkan dengan kos membuat iklan di akhbar, kos mencetak ribuan flyer dan brochure serta kos kaedah pengiklanan offline yang lain.

Anda seharusnya mula mempertimbangkan potensi pasaran yang anda boleh capai dengan menggunakan pengiklanan secara online. Di era digital ini, ia adalah cara yang terbaik dengan kos yang begitu mampu milik serta terbukti keberkesanannya untuk mempromosikan perniagaan anda.

 

Sebab #2: Info Sentiasa Dikemaskini.

Dengan adanya sebuah laman web, maklumat terkini dan terbaru mengenai produk atau perkhidmatan anda akan lebih mudah dibuat serta disebarkan. Semua info terbaru seperti promosi-promosi terkini, produk-produk terbaru dan perubahan harga akan sampai ke pengetahuan pelanggan dengan segera.

 

Sebab #3: Operasi 24 Jam Sehari.

Sebuah laman web beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Dengan gaya hidup yang sibuk dan pantas pada hari ini, pelanggan lebih selesa dengan segalanya mampu dicapai hanya di hujung jari mereka pada setiap masa dan di mana-mana sahaja.

 

Sebab #4: Pasaran Yang Lebih Luas.

Dengan peningkatan teknologi komunikasi digital, tidak mustahil produk atau perkhidmatan anda melangkaui sempadan antabangsa. Perniagaan yang dijalankan secara automatik mampu menembusi pasaran global. Laman web mampu merealisasikan impian anda dalam tujuan ini.

 

Sebab #5: Galeri Produk Atau Perkhidmatan.

Tidak kira apa jenis perniagaan anda, laman web adalah tempat yang amat sesuai untuk mempamerkan semua produk dan hasil kerja anda. Dengan memasukkan galeri produk beserta testimoni dari pelanggan ia mampu membina kepercayaan bakal pelanggan.

 

Sebab #6: Menjimatkan Masa.

Usaha memberi maklumat berkenaan dengan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan pastinya mengambil banyak masa. Tidak kiralah anda menggunakan kaedah bercakap di telefon, bersemuka, memberi email atau mencetak ribuan flyers, semuanya memerlukan masa yang banyak.

Dengan adanya laman web, anda boleh memberikan banyak maklumat tentang produk dan perkhidmatan anda secara terperinci dengan cepat serta menjimatkan masa.

 

Sebab #7: Khidmat Pelanggan.

Dengan memasukkan halaman FAQ, menambah artikel berguna atau memuat naik risalah untuk menjawab semua soalan pelanggan, anda boleh memastikan mereka sentiasa berpuas hati dengan layanan anda. Memberi nilai tambah kepada perkhidmatan anda dengan berkongsi maklumat, nasihat serta tips-tips di laman web anda.

© 2016-2018 derekacreative. All Rights Reserved.