Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Peta & Pandu Arah

Pengenalan Peta & Pandu Arah

Dalam tajuk ini anda akan mempelajari secara teori dan praktikal mengenai:

  • Pengenalan peta & Jenis-jenis peta.
  • Membaca Peta.
  • Membaca Grid atau Koordinat.
  • Kompas & Jenis-jenis kompas.
  • Protactor & Cara Menggunakannya.
  • Pengenalan kepada Bearing.
  • Teknik Pandu Arah.

 

Topik 1: Pengenalan Peta & Jenis-jenisnya.

Peta adalah satu gambaran di atas tanah yang diambil dari udara dengan menggunakan foto udara dan dibantu oleh juruukur serta disatukan menjadi maklumat-maklumat tepat dengan sukatan-sukatan yang tertentu.

 

Jenis-jenis Peta

  1. Peta Topografi
  2. Peta Jalan
  3. Peta Orienteering
  4. dll

 

Tujuan Mempelajari Peta.

  1. Dapat mencari jalan di merata tempat dan mengenali rupa bentuk tanah.
  2. Dapat memahami keterangan yang terdapat di atas peta.
  3. Dapat mengetahui dengan pantas dan tepat dalam penyampaian maklumat berkenaan pergerakan.

 

Perkara yang terdapat di atas peta.

  1. Tajuk Peta
  2. Skala
  3. Simbol-simbol
  4. Arah Utara
  5. Garisan Grid
  6. Tarikh Keluaran
  7. Keluaran

 

Cara Penjagaan Peta

  1. Hindari daripada terkena basah, lumpur dan terkoyak.
  2. Peta hendaklah dibalut dengan plastik supaya ia menjadi kalis air dan tidak mudah terkoyak.
  3. Jangan sesekali menggunakan pen atau alat tulis yang berdakwat kekal.
  4. Peta hendaklah sentiasa dijaga dan disimpan di tempat yang selamat dan terkawal atau berkunci, kerana peta adalah satu dokumen yang sangat penting dan terkawal.

 

 

Topik 2: Teknik Membaca Peta.

Kemahiran membaca peta perlu dipelajari oleh mereka yang ingin bergiat aktif dalam aktiviti rekreasi. Ini kerana, sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti tersesat di dalam hutan. Kemahiran ini merupakan salah satu perkara penting dalam usaha mencari jalan keluar.

Dalam topik ini, perkara-perkara berikut akan disentuh:

  1. Teknik menentukan utara peta dan utara sebenar.
  2. Teknik mengenalpasti tanda-tanda yang terdapat di dalam peta.
  3. Teknik mengenalpasti warna-warna yang terdapat di dalam peta.
  4. Mengetahui garisan Utaraan & Garisan Timuran.
  5. Pengenalan kepada garisan kontur.

 

Topik 3: Membaca Grid atau Koordinat.

 

Definisi

Grid ialah garisan menegak dan mendatar yang mempunyai nombor di atas peta topografi. Fungsi garisan ini ialah untuk menentukan lokasi sesuatu tempat atau objek berdasarkan koordinat.

Garisan menegak iaitu garisan yang dilukis dari atas ke bawah dikenali sebagai garisan timuran. Manakala garisan mendatar iaitu garisan yang dilukis dari kiri ke kanan dikenali sebagai garisan utaraan.

 

Cara Menentukan Nilai Grid / Koordinat

Terdapat 2 kaedah:

  1. Panduan Grid 4 Angka
  2. Panduan Grid 6 Angka

Nilai grid ditentukan dengan menyebut garisan timuran terlebih dahulu dan kemudiannya garisan utaraan.

 

 

 

 

 

Topik 4: Kompas & Jenis-jenisnya

 

Definisi

Merupakan satu alat untuk menentukan dan menyimpan arah. Ia juga merupakan alat yang sangat penting dalam membantu di dalam sesebuah pengembaraan.

 

Jenis-jenis kompas.

Kompas terbahagi kepada 2 jenis :

  1. Kompas Prismatik
  2. Kompas Protactor.

 

Anatomi Kompas Prismatik:

 

Anatomi Kompas Protactor:

 

Dalam aktiviti rekreasi, kompas yang biasa digunakan ialah kompas protactor seperti aktiviti orienteering ataupun aktiviti expedisi.

 

 

 

Topik 5: Pengenalan Kepada Pembaris Protactor & Penggunaannya.

 

Definisi

Pembaris protactor ialah sejenis alat yang digunakan bersama dengan kompas untuk mendapatkan arah dan jarak. Protactor yang biasa digunakan ialah berbentuk separuh bulatan atau lebih dikenali dengan jenis protactor RA 6 dalam bacaan Mils.

 

Cara menggunakan Protactor RA 6

 

Topik 6: Pengenalan Kepada Bearing.

Terdapat 2 jenis bacaan bearing

  1. Bearing dengan bacaan Darjah (Degree)
  2. Bearing dengan bacaan batu (Miles)

Cara menggunakan kompas bacaan darjah atau degree.

Cara menggunakan kompas bacaan batu atau miles.

 

Topik 7: Teknik Pandu Arah Dengan Menggunakan Kompas.

 Praktikal di lapangan.

 

© 2016-2020 derekacreative. All Rights Reserved.