Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Kayak & Perairan

Pengenalan Kepada Kayak & Perairan.

Dalam tajuk ini anda akan mempelajari secara teori dan praktikal mengenai:

  • Sejarah Ringkas Kayak.
  • Jenis-jenis Kayak.
  • Anatomi Kayak & Pendayung.
  • Peralatan & Keselamatan.
  • Asas Dayungan.
  • Isyarat-isyarat semasa berkayak.
  • Teknik menyelamat.

 

Topik 1: Sejarah Ringkas Kayak

 

Sebelum kemunculan kayak, kenu atau dugout masih digunakan oleh sesetengah masyarakat sebagai pengangkutan, untuk berburu dan juga berdagang. Di Amerika Utara, kenu kaum Red Indian diperbuat daripada kulit-kulit pokok papyrus. Kaum Eskimo pula melapikkan kulit-kulit binatang ke atas kenunya. Kelab kenu pertama di dunia tubuhkan di Themes, England.

Di Jerman, kegiatan kenu bertambah pesat dengan terciptanya kenu jenis Klepper. Pada tahun 1946, International Canoe Federation ditubuhkan. Kayak diperkenalkan oleh seorang peguam Inggeris, bernama John Mc Gregor dan menamakan kenu beliau sebagai Rob Roy.  Beliau memulakan siri pengembaraan di sungai Jordan, Nil dan Laut Paltic sepanjang pertengahan kurun ke 19. Beliau merupakan bapa kayak moden.

H.W.Fawlata memperkenalkan pula `Eskimo Roll` di Eropah pada 1927 selepas membuat kajian dari orang-orang Eskim dari kepulauan Artik. Kemahiran dalam mengendalikan kayak juga berkembang pesat apabila Milo Dufek mengubahsuaikan teknik dayungan perahu canadian ke kayak.

Di Malaysia, akiviti berkayak telah wujud sejak era 50-an lagi. Bermula dari masyarakat melayu sering menggunakan sampan sebagai kenderaan pengangkutan di sungai. Aktiviti berkayak berkembang pesat dengan tertubuhnya Persatuan Rekreasi Luar Wilayah Persekutuan di seluruh pantai barat Malaysia.

Secara tidak langsung menarik minat orang ramai dalam menceburi aktiviti ini. Wahab Ibrahim dan Hairuddin kemudiannya berjaya menjelajah seluruh pantai Malaysia dalam masa hanya dua bulan.

Kayak merupakan aktiviti rekreasi air yang semakin popular dengan aktiviti ini disediakan di tasik-tasik rekreasi dan taman air di seluruh Malaysia. Pengunjung boleh merasai sendiri aktiviti berkayak tanpa perlu membeli kayak sendiri. Kursus-kursus asas berkayak seperti Kursus Asas Kayak STAR 1 dan STAR 2 diperkenalkan bagi mereka yang ingin mendalami ilmu berkayak ini.

Kementerian Belia dan Sukan juga menyokong aktiviti berkayak ini dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti sukan seperti:

  1. Perlumbaan Kayak
  2. Sukan Polo Kayak
  3. Expedisi Kayak
  4. Kayak Jeram
  5. Orienteering Kayak

 

Topik 2: Definisi & Jenis-jenis Kayak

 

 

Kayak | Merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup dan mengunakan dua bilah mata pendayung serta didayung secara terlunjur.

 

 

Kenu | Merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka dan mengunakan satu bilah pendayung serta didayung secara berlutut.

 

 

Jenis kayak di bahagikan pada tiga kelas utama berdasarkan bentuk di bahagian bawah kayak atau hull:

  1. Mandesta (Hull Bentuk V) | Kayak yang digunakan untuk arena pertandingan, seperti jenis K1, K2 dan K4.
  2. Ottersport (Hull Berbentuk U) | Kayak ini rata dan stabil biasanya digunakan untuk aktiviti rekreasi dan Touring Kayak (TK).
  3. Slalom (Hull Berbentuk O / round) | Kayak ini lebih mudah berpusing dan sesuai kepada aktiviti arus deras.

 

Kayak yang digunakan untuk tujuan rekreasi pada asasnya mempunyai dua jenis iaitu:

 

1. Kayak ‘Sit-in”.

 

2. Kayak ‘ Sit-on-top”.

 

Kayak di perbuat daripada :

  1. Polyethylene plastic
  2. ABS plastic
  3. Composites

 

Topik 3: Anatomi Kayak & Pendayung

 

Asas anatomi sebuah kayak ialah seperti berikut:

  1. Bow :  Bahagian depan kayak.
  2. Stern :  Bahagian belakang kayak.
  3. Port :  Bahagian Kiri Kayak.
  4. Starboard :  Bahagian Kanan Kayak.

 

 

 

Anatomi Kayak Jenis Sit-in:

  1. Deck: Bahagian Atas
  2. Hull: Bahagian Bawah
  3. Keel: Benjolan dari depan hingga ke belakang di bawah kayak.
  4. Cockpit: Kawasan sekitar tempat duduk.
  5. Seat: Tempat duduk.
  6. Coaming: Bahagian tepi cockpit
  7. Deck line: Tali yang terdapat di deck kayak. 
  8. Hatch: Tempat menyimpan barangan. 
  9. Carry handles: Pemegang untuk angkat kayak
  10. Rudder: Sirip
  11. Foot braces: Tempat letak kaki

 

 

Anatomi Kayak Jenis Sit-on-Top :

  1. Deck : Bahagian Atas
  2. Hull : Bahagian Bawah
  3. Keel : Benjolan dari depan hingga ke belakang di bawah kayak.
  4. Cockpit : Kawasan sekitar tempat duduk.
  5. Seat : Tempat duduk.
  6. Carry handles : Pemegang untuk angkat kayak
  7. Rudder : Sirip
  8. Hatch: Hatch: Tempat menyimpan barangan. 
  9. Scupper holes: Longkang aliran air.

 

 

 

 

 

Anatomi Pendayung :

 

 

 

 

 Topik 4: Peralatan & Keselamatan

 

 

  1. PFD : Personal Floating Device atau Bouncy aid atau Life Jacket
  2. Paddle
  3. Dry Bag
  4. Rescue Gear
  5. Spray Skirt
  6. Kayak Helmet
  7. Kayak Clothing

 

 

 

Topik 5: Asas Dayungan

  1. Forward Stroke : Dayungan ke hadapan
  2. Reverse Stroke : Dayungan ke Belakang
  3. Sweep Stroke : Dayungan pusingan ke kiri atau ke kanan
  4. Draw Stroke : Dayungan ke kiri atau ke kanan tanpa berpusing.
  5. Alternate Combination : Dayungan berpusing secara berpasangan
  6. High brace/Slap support : Teknik imbangan.

 

 

Topik 6: Isyarat-isyarat semasa berkayak.

 

 

1. Berhenti:

Kedua-dua tangan memegang pendayung secara melintang. Pendayung diangkatkan melepasi paras kepala. Ia bertujuan untuk mengarahkan semua kayak supaya berhenti.

2. Rafting

Pendayung diangkat tegak ke atas dan bilah yang berada di udara mesti selari dengan arah bow kayak. Ia bertujuan untuk mengumpulkan semua kayak dalam satu tempat.

3. Arah Pergerakan (ke kiri atau ke kanan)

Apabila pendayung diletakkan secara melintang di sebelah kiri, ia bermakna semua kayak perlulah bergerak ke kiri dan begitulah sebaliknya.

4. Isyarat Kecemasan

Pendayung diangkatkan tegak ke atas dan dilambaikan ke kiri dan kanan kayak secara berturut-turut. Ia bertujuan untuk menarik perhatian rakan lain bagi mendapatkan bantuan kecemasan.

5. Call off

Pendayung diangkatkan tegak ke atas dan digerakkan ke hadapan dan ke belakang. Ia bertujuan untuk memangil semua kayak pulang ke pengkalan kerana situasi kecemasan.

 

 

Topik 7: Teknik Menyelamat

 

1. Self Rescue

 

2. T-Rescue

 

3. X – Rescue

 

4. Tow a Kayak

 

 

 

 

05 Tips Berguna Semasa Berkayak 

 

 

© 2016-2020 derekacreative. All Rights Reserved.