User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Asas Orienteering

Pengenalan Kepada Orienteering

Dalam tajuk ini anda akan mempelajari secara teori dan praktikal mengenai:

  • Pengenalan & Sejarah Orienteering
  • Definisi & Terminologi Peralatan
  • Teknik Navigasi Orienteering
  • Prosedur & Peraturan Pertandingan Orienteering

 

Topik 1: Pengenalan & Sejarah Orienteering

 

Definisi.

Ialah sejenis sukan yang mengkehendaki anda untuk mengemudi menggunakan peta dan kompas dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan.

 

Sejarah Orienteering.

Mula diperkenalkan dalam kalangan tentera di Sweden pada tahun 1918 dan telah dipopularkan oleh Major Ernst Killander kepada orang awam dengan mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetitif. Pada 1961, Persekutuan Orienteering Antarabangsa (International Orienteering Federation-IOF) ditubuhkan di Copenhagen. IOF disertai dengan keahlian sepuluh buah negara iaitu Bulgaria, Chezchlovakia, Finland, Denmark, Hungary, Jerman, Norway, Sweden dan Switzerland. Official European Championship pertama telah diadakan pada tahun 1962.

 

Sejarah Orienteering Di Malaysia.

Mula diperkenalkan di Malaysia dengan tertubuhnya Persatuan Orienteering Pulau Pinang pada tahun 1983. Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor dan Wilayah Persekutuan. Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia yang pertama telah diadakan pada tahun 1988. Malaysia bergabung dengan IOF malalui WOA pada tahun 1992. Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) ditubuhkan pada tahun 1994. MOA cawangan negeri Kedah, Johor, Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan dibuhkan pada tahun 1996. MOA cawangan Pulau Pinang dan Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.

 

Jenis-jenis Orienteering

  1. Cross Country Orienteering
  2. Score Orienteering
  3. Relay Orienteering
  4. Mountain Orienteering
  5. Road Orienteering
  6. Night Orienteering
  7. Kayak Orienteering

 

Topik 2: Definisi & Terminologi Peralatan.

Antara peralatan yang digunakan untuk permainan orienteering ini adalah terdiri daripada:

 

1. Kompas Protractor


2. Peta Orienteering


3. Control Card

 

 


4. Control Marker


5. Puncher

 

Penganti Puncher 


6. Check point / Control Point

 

 


7. Control Description

 

 

 

 

 

Topik 3 : Teknik Navigasi Orienteering.

Teknik navigasi di dalam permainan orienteering adalah menggunakan teknik pembacaan peta dan penggunaan kompas. Teknik pembacaan peta dengan mengetahui keadaan muka bumi seperti kontur, warna-warna di atas peta, arah mata angin, skala dan sebagainya. Manakala teknik menggunakan kompas  yang betul adalah perlu seperti penggunaan teknik Intersection dan Resection.

 

Intersection |  ialah cara mencari kedudukan sesuatu tempat yang jauh dengan mengambil bearing dari dua tempat kedudukan yang diketahui atau lebih dan mencatitkannya di atas peta.

Resection | ialah cara mencari kedudukan sendiri dengan mengambil bearing belakang (back bearing) dari dua atau lebih kedudukan yang dikenali di atas tanah dan di atas peta.

 

Menentukan Titik Kawalan Di atas Peta Orienteering.

  • Titik kawalan ialah satu tanda kedudukan yang perlu disediakan di atas peta bagi menunjukkan kedudukan yang perlu dilawati oleh setiap peserta.
  • Titik kawalan ini mempunyai ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.

 

Melukis Landasan Di atas Peta.

  • Landasan ini dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta lain semasa di awal perlumbaan.
  • Landasan ialah petunjuk arah perjalanan peserta dari titik kawalan yang pertama dan seterusnya sehingga ke titik kawalan yang terakhir.

 

Jenis-jenis Tanda atau Titik.

  • Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
  • Titik kawalan dengan tanda bulatan.
  • Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih.
  • ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.

 

Topik 4 : Prosedur dan Pertandingan Orienteering.

Pertandingan orienteering biasanya dijalankan pada waktu siang hari dan dijalankan di kawasan yang telah dipastikan keselamatannya. Selain menguji kemahiran mengendalikan peta dan kompas, objektif sesebuah pertandingan orienteering antara lainnya ialah mencabar stamina peserta, semangat bekerjasama, kejujuran dan semangat kesukanan.

Antara Prosedur yang biasa diamalkan dalam pertandingan orienteering ialah:

 

Sesi Pendaftaran Peserta.

  1. Daftarkan diri anda dengan mengisi butir-butir di dalam kad kawalan / Control card. Sekiranya Pengelola acara menyediakan lebih dari satu landasan, tentukan anda memilih landasan yang betul dan sesuai.
  2. Serahkan semula kad kawalan / Control card anda dan dapatkan waktu mula anda dari pengelola acara.
  3. Lakukan pemanasan badan apabila waktu mula hampir tiba.
  4. Anda tidak perlu berbaris menunggu untuk memulakan acara, memadailah dengan bersedia di garis permulaan antara 30-60 saat sebelum waktu mula anda.
  5. Anda tidak boleh berlepas sebelum waktu mula yang dibenarkan.

 

Memulakan Acara.

  1. Anda akan diberikan peta orienteering sebelum anda memulakan acara. Ini bertujuan untuk anda menyemak kedudukan anda dan meneliti peta tersebut.
  2. Sebaik saja anda diarahkan untuk memulakan acara, bergeraklah ke tempat peta utama.
  3. Salin ke semua titik kawalan dan keterangan kawalan dari peta utama ke atas peta anda. Jangan membuang masa ketika menyalin. Setelah selesai menyalin segeralah beredar supaya tidak menganggu peserta lain.

 

Ketika Berada Di Titik Kawalan

  1. Tentukan anda tiba di titik kawalan yang betul dengan memastikan nombor kawalan anda.
  2. Tebuk kad kawalan di kotak yang betul.
  3. Segera jauhkan diri dari kedudukan titik kawalan bagi mengelakan peserta yang lain mengetahui dengan mudah kedudukan titik kawalan tersebut.

 

Ketika Berada Di Titik Penamat

  1. Serahkan dengan segera kad kawalan untuk dicatit masa tamat.
  2. Segera beredar supaya tidak menganggu atau menghalang peserta yang lain bakal tiba.
  3. Anda dinasihatkan supaya tidak terus duduk tetapi berjalan-jalan sementara menunggu kadar nadi kembali ke paras biasa.

 

Peraturan Am Pertandingan Orienteering.

  1. Orienteering merupakan satu aktiviti sukan rekreasi. Sila pakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti rekreasi.
  2. Setiap peserta yang mengambil bahagian di dalam sebarang acara orienteering adalah di atas risiko sendiri. Dalam apa jua keadaan pastikan keselamatan diri sendiri dan peserta lain diutamakan.
  3. Berikan bantuan kepada peserta lain yang tercedera serta memerlukan bantuan walaupun ketika itu pertandingan sedang berlangsung. Sekiranya rawatan tidak dapat diberi dengan segera, laporkan kejadian itu kepada pengajur acara pada kadar segera juga. Penyertaan anda boleh dibatalkan sekiranya anda tidak memberi bantuaan kecemasan atau enggan melaporkan kejadian tersebut.
  4. Anda dilarang merosakkan sebarang tanaman, tumbuhan atau harta benda awam di sepanjang landasan.
  5. Jangan masuk kawasan yang ditanda sebagai kawasan larangan.
  6. Elakan dari memanjat pagar dan sebagainya.
  7. Elakan dari menyeberangi tasik atau kolam yang boleh mengancam keselamatan diri anda sendiri.
  8. Laporkan kepada penganjur sekiranya terdapat penanda kawalan yang didapati hilang.
  9. Sekiranya anda tidak mahu meneruskan acara, anda perlu melaporkannya di tempat permulaan atau penamat.
  10. Sekiranya anda membawa wisel, ia boleh digunakan untuk tujuan kecemasan sahaja.
  11. Setiap peserta dikehendaki melawat semua titik-titik kawalan dan menebuk kad kawalan sebagai bukti mengikut susunan yang telah ditentukan. Walau bagaimanapun, bagi acara Orienteering bermarkah, peraturan ini adalah dikecualikan.

 

Pembatalan Penyertaan.

Peserta akan diistiharkan sebagai Did Not Finish (DNF) iaitu penyertaan dibatalkan sekiranya peserta melakukan perkara-prkara berikut :-

  • Menghilangkan kad kawalan.
  • Tidak menebuk kad kawalan dengan selengkapnya sebagaimana yang ditetapkan.
  • Tebukan di kad kawalan terkeluar dari kotak yag sepatutnya.
  • Tebukan di kad kawalan kurang jelas dan sempurna.
  • Tidak membantu peserta yang cedera yang memerlukan bantuan kecemasan.
  • Menggunakan wisel tanpa alasan yang munasabah.
  • Menaiki sebarang bentuk kenderaan kecuali yang dibenarkan seperti di dalam acara mountain bike Oreentring.
  • Mengubah kedudukan penanda kawalan.
  • Mengambil penebuk pada penanda kawalan.

Berikut merupakan contoh Peraturan Pertandingan Orienteering:

© 2016-2020 derekacreative. All Rights Reserved.