Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Asas Ikhtiar Hidup 1

Pengenalan Kepada Teori Ikhtiar Hidup 1

Dalam tajuk ini anda akan mempelajari secara teori dan praktikal mengenai:

  • Pengenalan Ikhtiar Hidup
  • Kemahiran Mendapatkan Minuman
  • Kemahiran Mendapatkan Makanan
  • Kemahiran Menghidupkan Api
  • Kemahiran Membina Tempat Perlindungan

Topik 1 : Pengenalan Ikhtiar Hidup

 

 

Definisi.

Istilah ini diterjemahkan daripada istilah english : Survival yang membawa maksud 'the will to live'. Berdasarkan kepada frasa demikian, maka dapatlah diertikan bahawa ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Boleh juga diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang supaya dia boleh hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman.

 

Situasi Ikhtiar Hidup.

Di dalam kegiatan luar terdapat berbagai-bagai kemungkinan berlakunya situasi yang memaksa seseorang itu berusaha untuk meneruskan hidupnya. Antara situasi tersebut ialah:

  1. Kehabisan bekalan makanan dan minuman.
  2. Ancaman binatang buas.
  3. Masalah mencari perlindungan.

 

Prinsip Ikhtiar Hidup.

  1. Keselamatan
  2. Usaha berterusan
  3. Kawalan Diri
  4. Kerjasama

 

Alat Ikhtiar Hidup.

 

 

Alat-alat ikhtiar hidup hendaklah diletakkan dalam 1 bungkusan atau beg yang khusus serta kalis air. Saiz beg hendaklah sekecil yang mungkin supaya tidak banyak menggunakan ruang di dalam beg utama anda. Alat-alat ikhtiar hidup ini terbahagi kepada kepada 3 jenis iaitu:

 

1. Makanan.

Makanan hendaklah dari jenis yang ringan dan mudak dimasak serta mempunyai nilai kalori yang tinggi. Cadangan makanan yang sesuai ialah seperti:

  • 2 Keping Coklat.
  • 1 Bungkus Sup Segera.
  • 4 Sudu Quaker Oat.
  • 1 Bungkus garam seberat 50g.

 

2. Perubatan.

Di antara ubat-ubat yang dicadangkan ialah:

  • 5 Biji Pil Cirit-Birit.
  • 1 Biji Pil Anti Malaria.
  • 10 Biji Pelali Air.
  • 1 Set Alat Rawatan Patukkan Ular.
  • 4 Biji Pil Pereda Kesakitan.
  • 10 Biji Antibiotik.
  • 1 Tiub Ubat Sapu Antiseptik.

 

3. Peralatan.

Ini adalah terdiri daripada alat-alat yang boleh membantu usaha-usaha tertentu seperti:

  • 2 Utas Tali Pancing (Panjang antara 3 meter).
  • 3 Bentuk Mata Kail.
  • 2 Utas Tali (Panjang antara 3 meter).
  • 2 Batang Lilin.
  • 1 Kotak mancis atau 1 Pemetik Api.
  • 1 Cermin Muka.
  • 1 keping kertas aluminium sebenar kepingan surat khabar.
  • Lastik.
  • Getah Burung / Tikus.
  • Kompas kecil.
  • Pisau Lipat .
  • Multi Tools.

 

 

Topik 2: Kemahiran Mendapatkan Minuman.

 

 

Pendahuluan:

Air merupakan bahan kedua terpenting selepas oksigen. Jika berlaku kekurangan air sebanyak 2% di dalam tubuh maka akan berlakulah 25% kepincangan kepada sistem badan manusia. Kekurangan 20% air dalam badan manusia boleh menyebabkan kematian. Oleh demikian usaha-usaha hendaklah dilakukan supaya masalah kekurangan air tidak akan timbul ketika menjalankan kegiatan luar.

 

Punca Utama Air.

  1. Sungai
  2. Anak Sungai
  3. Air Terjun
  4. Tasik
  5. Mata Air

 

Tanda-tanda Terdapatnya Punca Air.

  1. Bunyi
  2. Penglihatan
  3. Binatang
  4. Serangga

 

Teknik Melakukan Tinjauan.

 

1. Mengikut Denai Binatang.

 

2. Menggunakan Kompas

 

 

 

Punca-Punca Lain.

 

1. Akar / Rotan

 

 

2. Pokok Buluh

 

3. Periuk Kera

 

4. Hujan

5. Lumut

6. Daun & Rumput

7. Darah Binatang

8. Ikan

9. Peluh & Kencing

10. Melalui Binaan

 

a. Perangkap Wap

 

b.Tadahan Embun

 

c. Perigi

 

 

Keselamatan Air Minuman

  1. Cara Memasak
  2. Guna Pelali Air
  3. Tapis Air

 

Tunggu bahagian kedua : Kemahiran Mendapatkan Makanan | Sementara itu, layan dulu lagu best ni ye. :)

© 2016-2020 derekacreative. All Rights Reserved.