Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

04 Kelebihan Digital Portfolio

Untuk menjadi seorang pereka grafik yang bagus, anda memerlukan set kemahiran yang pelbagai dan mampu menghasilkan hasil kerja yang menyelesaikan masalah serta memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan anda. 

Memiliki koleksi hasil kerja yang tersusun adalah antara tips yang pernah diberikan oleh pensyarah-pensyarah penulis untuk menghadapi temuduga di alam pekerjaan ataupun untuk terus survival sebagai seorang pereka grafik.

 

Koleksi hasil kerja atau Portfolio menjadi aset penting untuk diurus supaya tidak hilang dan rosak. Ia adalah sebagai bukti yang sah kepada kepakaran anda dalam bidang rekaan grafik.

Pada era 90 an dulu, semua hasil kerja disimpan dalam bentuk fizikal di dalam portfolio bag atau portfolio casing. Namun ia mempunyai banyak kelemahan yang tidak dapat dielakkan, antaranya ialah:

  1. Saiz portfolio casing yang besar menyebabkan ia sukar untuk dibawa ke mana sahaja terutamanya semasa menghadiri sesi temuduga pekerjaan.
  2. Daya ketahanan yang singkat. Ini kerana hasil kerja yang terlalu lama disimpan akan pudar dan dimamah usia. Ada kalanya ia dijamah oleh sang anai-anai durjana.
  3. Tempat penyimpanan yang sesuai diperlukan dari segi keluasan serta kelembapannya. Pada kebiasaannya, portfolio terpaksa disimpan dibawah katil, atas almari, tepi almari atau dalam stor yang mempunyai kelembapan yang tidak sesuai.
  4. Oleh kerana portfolio casing ini besar, maka ia tidak bersifat mobility. Adalah amat sukar untuk anda menunjukkan atau berkongsikan hasil kerja anda kepada umum.

Tetapi kini, dengan kecanggihan teknologi yang ada serta wujudnya pelbagai platform media social seperti Facebook, Instagram, pinterest dan banyak lagi, anda seharusnya memanfaatkan kecanggihan teknologi dengan menukarkan hasil kerja anda ke bentuk digital.

Anda boleh membina digital portfolio dengan mengambil gambar, menukarkan dalam bentuk jpeg dan sebagainya supaya ia boleh disimpan di alam maya. Antara kelebihan mempunyai digital portfolio ini ialah:

  1. Ia mudah dibawa ke mana sahaja. Anda boleh membuka sebuah laman web khas untuk semua hasil kerja anda atau anda boleh memasukannya ke dalam thumdrive, hard disk, atau DVD.
  2. Daya ketahanan yang lebih lama kerana ia tersimpan di alam maya atau di dalam pelbagai medium. Terhindar dari pelbagai haiwan perosak.
  3. Boleh dikongsi dengan semua orang, bukan sahaja dalam negara, malahan rakan-rakan di luar Negara dengan cara meng-upload kannya ke media social seperti Facebook, Instagram, Behance, Pinterest, Google Plus, deviant art dan sebagainya.
  4. Mampu meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang pereka grafik dan semangat anda mula meningkat untuk terus menghasilkan hasil kerja yang cantik dan terbaik.

Kepentingan digital portfolio kepada pereka grafik tidak dapat dinafikan lagi dan pastinya anda sedar tentang kepentingannya. Ayuh, kepada yang masih belum ada lagi digital portfolio, mari mula membina hari ini juga.

© 2016-2018 derekacreative. All Rights Reserved.