Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Kerjaya Sebagai Freelancer.

Bidang rekaan grafik merupakan salah satu bidang yang popular dengan aktiviti perkhidmatan freelance. Ramai pereka grafik menawarkan khidmat freelance untuk menambah pendapatan, pengalaman serta kemahiran mereka sejak dari di dalam pengajian lagi.

Aktiviti freelancing biasanya dilakukan pada masa terluang seperti di malam hari atau sebagai aktiviti pada hujung minggu. Namun, ramai antara freelancer tidak menjana pendapatan tambahan seperti yang diharapkan kerana atas beberapa faktor.

Faktor yang paling utama ialah tidak mengetahui perkara-perkara asas dalam menjalankan perkhidmatan freelance ini. Sebenarnya menawarkan perkhidmatan freelance tidak banyak bezanya dengan mereka yang menjalankan aktiviti perniagaan sepenuh masa.

Ilmu asas perniagaan perlu diketahui supaya perkhidmatan ini mampu memberi pulangan seperti yang diharapkan.

Sebab Pelanggan Memerlukan Freelancer:

  1. Mencari tenaga pakar dalam projek yang mereka usahakan.
  2. Mempunyai budget yang agak kecil atau tiada pun budget untuk rekaan.
  3. Mempunyai projek yang sangat urgent untuk disiapkan.
  4. Nak declare artwork tersebut adalah arwork mereka sendiri padahal bukan mereka yang hasilkan (biasanya pelajar yang malas nak buat work tapi nak lulus)

Ada kalanya, penting untuk kita ketahui mengapa pelanggan tersebut ingin menggunakan khidmat kita sebagai freelancer. Baiklah, seterusnya mari kita ketahui beberapa asas dalam menawarkan perkhidmatan freelance terutamanya dalam bidang rekaan grafik. Perkara- perkara asas yang perlu anda ketahui ialah:

 

Perkara #01: Harga Perkhidmatan.

Terdapat beberapa kaedah dalam meletakkan harga perkhidmatan sebagai freelancer. Antaranya ialah :

  1. Kaedah Kadar Se-jam (Hourly rate) : Kaedah ini dicadangkan untuk tempahan yang URGENT seperti bagi hari ini nak esok, atau bagi hari ni nak hari ini juga, maka anda boleh letak harga per jam contohnya RM30, RM60 atau RM80 per jam. Sekiranya, satu rekaan business card, anda boleh siapkan dalam masa 2 jam, maka harga khidmat rekaan tersebut ialah RM60 sekiranya kadar yang anda letakkan ialah RM30 per jam.
  2. Kaedah mengikut kesukaran projek (Project base rate) : Kaedah yang amat digalakkan untuk digunakan. Ini kerana setiap projek yang pelanggan bagi mempunyai kesukaran yang berbeza-beza, contohnya, untuk menghasilkan rekaan business card, pastinya lebih mudah berbanding menghasilkan satu rekaan brochure.

 

 

Namun begitu, ketetapan harga adalah tertakluk kepada beberapa faktor lain seperti:

  • Adakah anda kenal dan suka pelanggan tersebut?: Pelanggan yang bertimbang rasa pastinya menyenangkan anda dari pelanggan yang cerewet dan banyak komen serta nak ubah itu dan ini.
  • Kemampuan Pelanggan.: Penting untuk anda selidik atau bertanya budget yang pelanggan ada atau peruntukkan untuk projek berkenaan agar win-win situation dapat dicapai.
  • Nilai projek tersebut kepada pelanggan: Kalau projek tersebut sangat bernilai tinggi kepada pelanggan maka seharusnya anda memberi 100% perhatian serta kualiti yang terbaik untuk pelanggan tersebut. Pastinya sesuatu yang berkualiti tinggi harganya. Pastinya tidak mungkin rekaan website sama harganya dengan rekaan business card?

Tiada formula yang betul atau peraturan tetap yang perlu diikuti oleh seorang freelancer untuk meletakkan harga perkhidmatannya. Cukup sekadar harga tersebut memberi nilai yang sepadan dengan usaha, masa, kemahiran yang telah dilaburkan.

Pastinya harga kos percetakkan dan sebagainya perlu diasingkan dari harga khidmat rekaan. Perlu diingatkan, TIADA SERVIS REKAAN PERCUMA. Hargailah keringat serta kos yang anda laburkan untuk kemahiran yang anda ada sekarang. Adakah ia PERCUMA?

 

Perkara #02: Database.

Walaupun hanya sekadar freelance, penting untuk anda menyimpan rekod-rekod pelanggan di dalam database seperti, Nama, No. telefon, Alamat, Jenis Projek atau Tempahan, Artworks pelanggan dan sebagainya yang dirasakan perlu. Ini kerana, untuk mendapatkan tempahan dari pelanggan sedia ada lebih mudah dari mendapatkan tempahan dari pelanggan yang baru.

 

Perkara #03: Pembayaran.

Kini, terdapat banyak kaedah pembayaran yang boleh diaplikasikan seperti bank in, transfer atau cash. Anda perlu menyediakan kaedah pembayaran yang paling memudahkan dan memberi keselesaan kepada pelanggan.

Sekiranya anda menerima cash, pastikan anda menyediakan resit untuk keselamatan dan rekod. Simpan slip atau gambar slip bank-in yang pelanggan buat. Tips yang sangat berguna untuk anda sebagai freelancer ialah:

Wajibkan pembayaran deposit antara 30% atau 50% dari jumlah keseluruhan projek sebelum memulakan rekaan, no deposit no design. Ini adalah tujuan keselamatan dan komitment pelanggan dalam menggunakan khidmat kepakaran anda.

Untuk projek yang bernilai besar seperti melibatkan ribuan atau puluhan ribu ringgit, anda seharusnya membuat perjanjian hitam putih dengan pelanggan anda, semua terma dan syarat yang dipersetujui bersama perlu ditulis dengan jelas dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak. Kenapa? tak perlu diterangkan dalam artikel ini kerana anda dah cukup kreatif untuk memikirkan sebab-sebabnya.

Semoga apa yang dikongsikan dalam artikel ini dapat menjawab persoalan ramai pelajar dan bekas-bekas pelajar saya yang mula berjinak-jinak dalam aktiviti freelance. Semoga anda semua berjaya dalam mengejar cita-cita.

© 2016-2019 derekacreative. All Rights Reserved.