Asas Pertolongan Cemas 3

Asas Pertolongan Cemas 3

Dalam tajuk ini anda akan mempelajari secara teori dan praktikal mengenai:

  • Pelan Tindakan Kecemasan / Kemalangan
  • Kaedah Pemindahan mangsa

Topik 1: Pelan Tindakan Kecemasan (ERP)

Definisi:

Satu pelan yang berkesan yang dibangunkan oleh pihak pengurusan atau penganjur yang hendaklah diikuti apabila berlaku kecemasan. Pelan ini menggariskan langkah-langkah asas yang diperlukan untuk mengendalikan situasi dan keadaan semasa kecemasan serta memberi bimbingan yang sesuai tentang apa yang perlu dilakukan dalam keadaan kecemasan tersebut.

Objektif

  1. Untuk menyelamatkan nyawa.
  2. Memberi keutamaan menyelamat dan pertolongan cemas.
  3. Untuk mengawal keadaan dan menghadkan kerosakkan.
  4. Untuk mengawal, mengurangkan atau menghentikan punca kemalangan.
  5. Untuk operasi pemulihan yang pantas.

Prosedur Tindakan Kecemasan

Setiap jenis kecemasan memerlukan prosedur tindakkan kecemasan. Amnya prosedur ini boleh di bahagikan kepada 3 iaitu:

  1. Prosedur pencegahan.
  2. Prosedur persediaan.
  3. Prosedur Tindakan
  4. Prosedur Pemulihan.

Tahap Kecemasan.

  1. Tahap 1: Dalam kawalan organisasi
  2. Tahap 2: Melibatkan bantuan pihak luar.
  3. Tahap 3: Bencana peringkat Negara.

Pembentukan jawatankuasa tindakan kecemasan [ Pasukan Tindakan Kecemasan atau ERT ] perlu dibentuk, dilantik serta dilatih agar pelan tindakan kecemasan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pasukan Tindakan Kecemasan [ERT]

Ialah sekumpulan orang yang bertindak balas terhadap sebarang situasi kecemasan. Barisan pertama pertahanan dalam keadaan kecemasan sehingga perkhidmatan kecemasan luaran sampai dan mengambil alih kawalan.

 

Topik 2: Kaedah Pemindahan Mangsa

Dilaksanakan dalam masa membuat kerja-kerja menyelamat seperti mangsa kemalangan Jalanraya dan mangsa kebakaran. Sebelum melakukan pemindahan mangsa perlu dipastikan keadaan kecederaan yg dialami mangsa krn setiap pergerakan akan menambahkan risiko kpd mangsa.

Terbahagi kepada 2 kaedah :-

1. Tanpa menggunakan peralatan – menggunakan daya usaha penyelamat dan terbahagi kepada beberapa kategori :-

  • 1 orang penyelamat.
  • 2 orang penyelamat.
  • 3 orang penyelamat serta lebih.

2. Dengan menggunakan peralatan – Bantuan peralatan lain untuk memudahkan kerja-kerja pemindahan mangsa dilakukan. Peralatan lain yang biasa digunakan:-

  • Stretcher
  • Kerusi
  • Selimut
  • Cadar
  • Troli
  • Hos
  • Tali

Pemilihan cara memindahkan mangsa ini adalah mengikut seperti perkara berikut:-

  1. Kesesuaian tempat.
  2. Keadaan mangsa.
  3. Kecederaan mangsa.
  4. Jumlah penyelamat yang ada.

 

Teknik Memindah Mangsa 01: 1 org penyelamat tanpa menggunakan alatan.

 

One rescuer Assist | Mangsa yang mengalami kecederaan sebelah kaki. Prinsip ini kurang baik kerana penyelamat menanggung keberatan mangsa untuk bergerak.

 

 

Teknik Memindah Mangsa 02 : Piggy Back Carry

Satu cara mendukung mangsa dan mangsa mestilah sedar serta mampu berdiri semasa hendak mengangkatnya. Ia mesti tidak mengalami kecederaan tulang yang teruk.

 

Teknik dan Kaedah :

  • Bantu mangsa berdiri dan anda berdiri dihadapannya.
  • Pusingkan badan anda membelakangkannya & letakkan kedua2 lengan mangsa di atas bahu anda. Silangkan tangan mangsa di atas bahu anda.
  • Bengkokkan badan anda kehadapan dan angkat mangsa.
  • Suruh mangsa menggenggam pergelangan tangan dan kepit kedua-dua paha di bawah ketiak anda.
  • Pastikan mangsa selesa di belakang bahu anda.

 

Teknik Memindah Mangsa 03 : Front Piggy Back Carry

 

 

Mangsa mestilah sedar dan tidak mengalami kecederaan tulang yang teruk.

 

Teknik dan Kaedah :

  • Menghadap pada mangsa dalam keadaan berdiri.
  • Masukkan tapak tangan anda di bawah ketiaknya.
  • Arahkan mangsa untuk naik serta mengepit & menyilangkan kakinya di pinggang anda.
  • Suruh mangsa memeluk leher anda dengan lengannya. (Sesuai untuk menuruni tangga bangunan).

 

Teknik Memindah Mangsa 04 : Crandle carry / Darling carry 

Mangsa sedar atau pengsan. Mangsa mesti boleh diampu oleh tangan anda dlm keadaan baring, duduk atau terlentang.

 

Teknik & Kaedah :

  • Ampu satu tangan anda di belakang mangsa & memeluk ketiaknya.
  • Tangan anda yg satu lagi ampu di bawah pelibat lututnya.
  • Jika mangsa sedar, arahkan mangsa memeluk atau memaut leher anda.
  • Jika mangsa pengsan, kepala mangsa akan terlentuk ke belakang atau ke bawah. Tidak sesuai kpd mangsa yg kecederaan pd tulang belakang.

 

Free Resume

 

Teknik Memindah Mangsa 05 : Fireman’s lift / Carry

Mangsa mestilah mampu dipikul oleh penyelamat. Juga sesuai kepada mangsa yang pengsan.

 

Teknik & Kaedah:

  • Baring / terlentengkan mangsa dengan lutut menegak.
  • Pegang pergelangan tangan mangsa dan tentukan tapak tangannya menghala ke bawah.
  • Sendalkan hujung kaki anda kepada hujung kaki mangsa & tarik ke atas menghala anda dalam masa yg sama (Mangsa pengsan, masukkan kedua tangan di bawah ketiaknya).
  • Masukkan kepala & belakang anda di bawah dada & ketiak mangsa di atas bahu anda.
  • Biarkan mangsa terletak di atas bahu anda, rasa berat badannya, angkat dan terus berdiri.
  • Masukkan tangan di mana bahu anda menanggung beban mangsa di celah kelangkang mangsa dan kepit kaki mangsa serta pegang pergelangan tangannya, satu atau kedua-duanya sekali.

 

Teknik Memindah Mangsa 06 : Pack Strap Carry.

 

Cara mudah untuk mengawal mangsa. Sedar atau pengsan.

 

Teknik & Kaedah :

Mangsa sedar:-

  • Angkat mangsa dalam kedudukan berdiri.
  • Anda berdiri menghadap, pusingkan badan anda & membelakangkannya, angkat kedua-dua tangan mangsa ke bahu dan silangkan di dada anda.
  • Pastikan mangsa betul-betul berdiri lurus & ketiaknya betul-betul di atas bahu anda.
  • Bengkokan sedikit badan ke hadapan dan mangsa juga akan sedikit terangkat.
  • Tentukan tangan mangsa lurus di atas dada anda & tinggikan kakinya dari mencecah bumi.
  • Tangan anda yang satu gunakan utk mengelakkan halangan dihadapan.

Mangsa Pengsan:-

  • Terlentangkan mangsa & anda baring terlentang di atasnya. Perlu diingat kawal berat badan anda dalam keadaan ini.
  • Pegang kedua2 pergelangan tangannya & meniarap, mangsa akan meniarap di belakang anda.
  • Pegang pergelangan tangan mangsa dgn satu tangan anda & satu tangan lain bersama2 kedua2 lutut menompang keberatan mangsa untuk berdiri.

 

Teknik Memindah Mangsa 07 : Shoulder Drag 

 

Kaedah yg paling mudah. Mangsa pengsan atau tidak boleh berjalan.

 

Teknik & Kaedah:

  • Masukkan tapak tangan anda di ketiak mangsa.
  • Anda melutut di kepala mangsa.
  • Kaedah ini memerlukan anda menarik mangsa secara berundur ke belakang.
  • Peringatan !!!!!! Lantai / permukaan yg kasar tidak sesuai dengan cara ini.

 

Teknik Memindah Mangsa 08 : Fireman’s Drag.

 

Cara mengheret mangsa dalam keadaan yang penuh dengan asap / tempat rendah dan sempit. Tidak sesuai jika lantai kasar.

 

Teknik & Kaedah:

  • Terlentangkan mangsa & ikat kedua-dua pergelangan tangan dengan tali atau barang lain yang sesuai.
  • Masukkan kepala anda dicelah kedua2 lengan mangsa.
  • Tangan anda menongkat pada lantai.
  • Heret mangsa perlahan-lahan ke hadapan dengan cara anda merangkak.

 

Teknik Memindah Mangsa 09 : Clothes Drag

 

 

Mangsa pengsan dan berat. Tidak sesuai pada lantai yang kasar. Heret mangsa dengan memegang leher bajunya.

 

Teknik Memindah Mangsa 10 : Foot Drag

Ditarik kaki mangsa, sesuai untuk berbadan kurus. Tidak sesuai di tempat yg kasar.

 

 

Teknik Memindah Mangsa 11 : Inclined Drag Dawn

 

Mengheret mangsa pengsan ke bawah melalui tangga dan dari tempat curam ke tempat rata.

 

Teknik & Kaedah:

  • Terlentangkan mangsa, kepala lutut anda menahan kepalanya supaya berkedudukan duduk.
  • Pelukkan tangan anda di bawah lengan mangsa & pegang kedua2 pergelangan tangannya.
  • Heret mangsa dengan cara anda mengundur ke belakang.

 

Teknik Memindah Mangsa 12 : Two Man Assist

 

Dua penyelamat. Tangan mangsa di atas bahu penyelamat. Tangan penyelamat memegang tangan mangsa dan belakang mangsa.

 

Teknik Memindah Mangsa 13 : Two Handed Seat

 

2 org penyelamat menghulur tangan dibelakang mangsa. Satu tangan di bawah peha dan satu lagi di belakang mangsa.

 

Teknik Memindah Mangsa 14 : 4 Handed Seat.

 

2 penyelamat mencengkam tangan sendiri. Dan tangan yg dicengkam tadi, mencengkam pula tangan kawan lain. Mangsa duduk dipersilangan tangan tadi.

 

Teknik Memindah Mangsa 15 :  Extremities Carry 

 

Kaedah & Teknik :

  • Terlentangkan mangsa dengan lutut dibengkokkan menegak & kaki terbuka.
  • Seorang penyelamat berada di bahagian kepala & tangan di bawah ketiak.
  • Seorang penyelamat berada di celah kangkang memegang di bawah pelipat kaki.
  • Angkat serentak mangsa dan boleh bergerak melalui lorong sempit.

 

Teknik Memindah Mangsa 16 :  3 Man Hammock Carry 

 

Sesuai untuk mangsa yang mengalami kecederaan tulang belakang.

  

Teknik Memindah Mangsa 17 :  3 Man Lift

 

Hampir sama dgn 3 man hammock carry. Penyelamat mesti berada di sebelah bahagian yang sama.

 

Kaedah & Teknik : 

  • Dua penyelamat berada di sebelah kepala & lutut, seorang lagi di bahagian punggong.
  • Semua penyelamat mestilah berada dalam keadaan duduk & sebelah lutut lagi diletakkan ke bumi.
  • Pangku mangsa di bahagian bawah kepala, bahu, pinggang, punggung & kaki.
  • Setiap arahan turun naik adalah daripada penyelamat yg berada di bahagian kepala.

 

Teknik Memindah Mangsa 18 : 6 Man Lift And Carry

 

- Mangsa yg mengalami kecederaan tulang belakang

 

Kaedah & Teknik:

  • 3 org penyelamat berada di sebelah kiri mangsa & 3 lagi di sebelah kanan mangsa.
  • Kesemua penyelamat berada dalam keadaan melutut dengan sebelah diletakkan ke bumi.
  • Penyelamat menghulurkan tangan berselang seli antara satu dengan lain dalam keadaan tapak tangan terbuka ke atas di bawah mangsa.
  • Angkat mangsa perlahan-lahan & alihkan ke tempat yg selamat.

 

Teknik Memindah Mangsa 19 : Blanket Drag

 

Mangsa yg memerlukan pembaringan lurus. Heret menggunakan kaki & tangan.

 

Kaedah & Teknik:

  • Bentangkan selimut & selimutkan mangsa dari sisi ke sisi.
  • Semasa menarik, tangan anda hendaklah landaskan pada kepala mangsa agar kepala tidak terseret.
  • Jika melalui tangga, kedua-dua tangan anda hendaklah memegang pada selimut bahagian bawah kepala mangsa & heret turun secara perlahan-lahan.

 

Teknik Memindah Mangsa 20 : Stretcher Carry

 

Mangsa yg perlukan kurang pergerakan. Blanket stretcher and Coat stretcher. Fungsi seperti stretcher biasa.

 

Teknik Memindah Mangsa 21 : Kerusi (Chair carry)

 

Kaedah & teknik:

  • Memerlukan 2 org penyelamat, seorang di hujung kaki & seorang lagi di tengah2 badan mangsa.
  • Penyelamat di hujung kaki mengangkat mangsa dengan menggunakan sebelah tangan sambil sebelah lagi menyorongkan kerusi hingga ke bawah punggung mangsa.
  • Apabila mangsa berada di atas kerusi barulah diangkat.

 

>> Kembali ke Senarai Artikel

Artikel

Asas Simpulan & Ikatan
Asas Orienteering
Asas Ikhtiar Hidup 1
Full Article image Asas Pengurusan Acara
Full Article image Asas Aktiviti Rekreasi
Full Article image Asas Pertolongan Cemas 1

derekacreative.com

derekacreative New Logos

 

 

 

 

 

Our Expertise :

> Graphic Design

> Website Design

> T-Shirt Printing

Pengunjung Online

We have 379 guests and no members online

My Artwork

Hubungi

De Reka Creative 

71800 Nilai, Negeri Sembilan