Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Fungsi & Peranan Rekaan Grafik

Rekaan grafik yang mengabungkan unsur keseniaan dan juga teknologi dalam menghasilkan visual yang mampu berkomunikasi dalam menyampaian sesuatu mesej. Pastinya setiap rekaan itu mempunyai seorang pereka di belakangnya yang berpengetahuan dalam merungkai dan menterjemahkan sesuatu permasalahan untuk diselesaikan dengan kaedah rekaan visual.

Tugas dan fungsi sebagai pereka grafik itu luas kerana semua rekaan perlu melalui proses penghasilannya (design process). Pereka grafik bertanggungjawab dalam kelancaran proses rekaan (design process) mengikut kehendak pelanggan mereka.

Proses rekaan biasanya bermula dari peringkat kajian atau pengumpulan data, lakaran perkembangan idea, proses digital dan juga percetakkan serta penerbitan. Setiap proses rekaan memerlukan sentuhan kreativiti dan nilai artistik yang tinggi.

Antara fungsi seorang pereka grafik itu ialah:-

  • Terlibat secara langsung dalam menghasilkan visual (illustrasi, photo, logo, icon, vector, dsb) yang sesuai untuk menyampaikan mesej dalam pengiklanan, identiti korporat, website, pembungkusan, multimedia dan sebagainya.
  • Menghasilkan konsep rekaan yang terdiri daripada gabungan unsur-unsur dan prinsip-prinsip rekaan mengikut kehendak pelanggan.
  • Bertanggungjawab dalam susun atur (layout) serta format dalam setiap rekaan yang dihasilkan agar menepati citarasa pelanggan dan mempunyai nilai estetik, nilai dekoratif dan paling penting bernilai komersial.
  • Sebagai penasihat rekaan, menasihati serta memberi cadangan kepada pelanggan dalam pemilihan warna, text, visual, stail dan sebagainya, mengikut kesesuaian rekaan yang ingin dihasilkan.
  • Memastikan setiap rekaan dicetak dengan baik mengikut spesifikasi yang telah dipersetujui bersama pelanggan agar kualiti dapat dijaga.Fungsi dan peranan seorang pereka grafik kini lebih luas bukan sahaja terlibat dalam membantu menghasilkan konsep rekaan malahan juga terlibat menentukan hala tuju perniagaan atau syarikat mengikut kehendak pelanggannya.

Sekiranya anda ingin menghasilkan sesuatu rekaan yang melibatkan penggunaan visual (illustrasi, photo, logo, icon, vector, etc) dan text (typography, calligraphy, numbering etc) seperti :

  1. Identiti korporat (logo, business card, letterhead, uniform, dsb)
  2. Pengiklanan & promosi (brochure, flyers, poster, print AD, Press AD, dsb)
  3. Pembungkusan (box, botol, sticker, label, tagging, paper bag, plastik beg, dsb)
  4. Digital Media (Website, Portal, CD interaktif, E-brochure, E-Commerce, dsd)
  5. Barangan Cenderahati (Piala, Pingat, T-Shirt, Mug, Pen, dsb)

Maka, cari dan bekerjasamalah dengan pereka grafik. Mereka berkemahiran dalam membantu anda dalam mencapai keinginan dan kehendak rekaan anda. Selamat mencuba.

© 2016-2018 derekacreative. All Rights Reserved.