Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Teknik Pemasaran Internet

Pemasaran internet adalah salah satu komponen di dalam digital marketing seperti yang telah saya terangkan dalam artikel sebelum ini. Internet yang merupakan nadi kepada kemajuan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) kini semakin berkembang pesat di seluruh dunia. Dunia tanpa batasan dan segalanya hanya dihujung jari mencerminkan kecanggihan teknologi ini.

Peluang dan potensi yang begitu besar kepada syarikat anda untuk mengaplikasikan teknik pemasaran internet umpama ‘memancing ikan-ikan yang begitu banyak di lubuk yang tersedia’. Kajian menunjukkan peningkatan angka yang begitu besar mengenai jumlah pengguna internet di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Peluang  ini perlu direbut oleh anda untuk menyediakan strategi pemasaran internet masing-masing. Artikel kali ini adalah berkaitan dengan komponen-komponen di dalam pemasaran internet yang boleh anda cuba.

Komponen Pemasaran Internet terbahagi kepada 6 bahagian.

  1. Laman web.
  2. Blog
  3. Media sosial
  4. Viral
  5. Networking
  6. Pengiklanan

 

Komponen #1 |  Laman Web.

Laman web adalah umpama kedai atau office 24 jam anda di dalam alam maya. Ia berfungsi sebagai pusat sumber kepada segala informasi berkenaan dengan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Ia juga sangat berguna kepada pembangunan jenama syarikat kerana ia bersifat global dengan capaian yang begitu luas. Pastinya ia memberi kelebihan kepada syarikat anda untuk dikenali dengan lebih mudah dan cepat.

Namun begitu, demi memastikan laman web ini berfungsi seperti yang sepatutnya, ia perlulah sentiasa melalui proses penyelenggaraan dan ‘tuning’ supaya prestasinya sentiasa dalam keadaan terbaik.

Baca Juga | 05 Perkara Sebelum Beli Laman Web

Berikut adalah 7 perkara yang perlu anda lakukan kepada laman web anda supaya ia sentiasa berada dalam prestasi terbaik dan berada pada ranking yang tinggi dalam engine carian (Search Engine Optimization)

  1. Menghantar ‘site map’ laman web kepada engine carian.
  2. Memastikan laman web anda sentiasa ‘high speed loading’.
  3. Mengaplikasikan keyword dalam setiap komponen penulisan.
  4. Memastikan laman web sentiasa dikemaskini dari segi content, extension dan sebagainya.
  5. Memasang sistem keselamatan terkini di laman web anda seperti HTTPS.
  6. Memasang Google Analytic untuk menganlisa data dari laman web.

Dan akhir sekali adalah memastikan laman web anda mempunyai pelawat yang berterusan kerana ia adalah perkara yang paling penting dalam pembinaan jenama dan aktiviti pemasaran.

 

Komponen #2 | Blog.

Blog derekacreative

Kebanyakkan tips yang diberikan oleh pakar-pakar pemasaran internet di dalam mahupun di luar Negara ialah mengoptimumkan strategi ‘content marketing’. Salah satu cara yang dicadangkan ialah dengan menggunakan blog.

Anda mungkin menjumpai laman web ini adalah disebabkan oleh artikel-artikel di dalam blog yang dikongsikan di laman ini berbanding dengan perkhidmatan yang saya tawarkan iaitu rekaan grafik dan pembinaan laman web.

Content marketing juga diketegorikan sebagai softsale yang mana sangat digalakkan untuk diamalkan dalam strategi marketing. Mungkin ada boleh mula menulis dan membina blog anda sendiri.

 

Komponen #3 | Media Sosial.

 

Blog derekacreative

Rasanya tak perlu untuk saya terangkan mengenai media sosial kerana hampir semua masyarakat di Malaysia mempunyai media sosial kegemaran mereka masing-masing.

Dan ia sangat meluas penggunaannya, selain dari untuk bersosial dengan kenalan, ia juga digunakan untuk aktiviti pemasaran, pengiklanan dan jual beli barangan serta perkhidmatan.

Antara tips yang sering dikongsikan dalam pembinaan jenama melalui media sosial seperti facebook adalah seperti berikut.

  1. Menggunakan Page di Facebook dalam melakukan posting berkaitan dengan aktiviti pengiklanan daripada menggunakan akaun peribadi.
  2. Penggunaan keyword dan copywriting yang betul dalam setiap posting yang dibuat.
  3. Penggunaan button Call To Action yang sesuai.
  4. Posting harian dan consistence.
  5. Menggunakan nama trademark atau jenama yang sama di setiap akaun media sosial contohnya.
  • www.facebook.com/ayam
  • www.instagram.com/ayam
  • www.twitter.com/ayam
  • www.youtube.com/ayam

 

Komponen #4 | Viral

 

Tidak dinafikan kuasa viral sebagai pemangkin kepada populariti sebuah jenama produk atau perkhidmatan, isu dan berita. Namun, untuk menjadikan sesuatu itu tular ia bukanlah mudah kerana keunikkan dan kehebatan sesuatu produk atau jenama atau perkhidmatan perlu mendapat pengiktirafan dari pelbagai golongan pengguna.

Walaupun ada syarikat yang menawarkan perkhidmatan penularan sesuatu itu, namun ciri-ciri sesuatu yang boleh menjadi viral atau tular tetap menjadi keutamaan.

 

Komponen #5 | Networking

 

Dalam mana-mana aktiviti pemasaran, tidak kiralah pemasaran online mahupun offline, networking merupakan sesuatu yang wajib ada bagi menjadikan strategi pemasaran anda lebih relevan.

Pemasaran mulut ke mulut, pengesyoran, dan seumpamanya biasanya dilakukan dan dimulakan oleh rakan niaga atau networking kita. Dalam sudut internet marketing, strategi networking boleh diaplikasikan seperti berikut.

  1. Bertukar-tukar ‘link’ laman web atau pengiklanan internet.
  2. Memaparkan iklan rakan niaga di laman web anda dan sebaliknya.
  3. Menulis testimonial untuk produk atau perkhidmatan.
  4. Like page atau posting disetiap posting yang dibuat oleh networking.

 

Komponen #6 | Pengiklanan Online.

 

Di era digital yang semakin canggih dan meluas ini, pengiklanan online bukan sesuatu yang baru dan ia telah pun digunakan oleh syarikat-syarikat gergasi. Antara pengiklanan online yang popular ialah seperti:

  1. Pengiklanan di Engin Carian (Google AD Word, Yahoo AD etc)
  2. Pengiklanan di Media Social AD (Facebook, Instagram, twitter, Linkend AD etc).
  3. Pengiklanan di Video Online (Youtube AD etc)
  4. Email Advertising dan Email Marketing.

 

Kesimpulannya.

Setiap komponen seperti yang dinyatakan ini memerlukan kaedah dan teknik yang tertentu untuk memastikan keberkesanannya. Setiap kaedah dan teknik boleh diperolehi melalui pembacaan dan dengan menghadiri bengkel atau kursus.

Ada di antaranya juga memerlukan anda mengeluarkan kos dan ada juga yang percuma sahaja. Apa yang paling penting adalah consistency dalam mengaplikasikan kaedah dan teknik tersebut. Juga sentiasa melakukan penilaian dan perubahan dalam setiap kaedah yang telah digunakan.

Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menggunakan teknik pemasaran online. 

 

© 2016-2018 derekacreative. All Rights Reserved.