User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Bengkel Digital Marketing By Mindatrafik.com

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang dijanjikan penulis akan kongsikan pengalaman mengikuti bengkel digital marketing yang pada kali ini dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dengan kerjasama Minda Trafik sebagai tenaga pengajar.

Jika sebelum ini, penulis pernah mengikuti bengkel digital marketing by dehtraining.com (Sifu Nang) dan Sifu Irfan khairi jutawan internet. Kali ini penulis berpeluang menghadiri bengkel yang sama tetapi kelolaan Mindatrafik.com.

Seperti biasa, bengkel seperti ini diadakan selama 2 hari dan bengkel kelolaan mindatrafik ini menyentuh topik-topik seperti berikut:

  1. KPI Setting & Brand Check up.
  2. 360 Degree Digital Marketing.
  3. TAC Copywriting.
  4. Market Analysis.
  5. Content Marketing
  6. DIY Image
  7. Real Implementation
  8. Tracking & Measuring.

Topik-topik yang disentuh memang agak berbeza dari segi nama tetapi dari segi content adalah lebih kurang sama dengan bengkel-bengkel digital marketing yang pernah penulis hadiri.

Bagi pendapat peribadi penulis, bengkel ini amat sesuai untuk mereka yang:

 

Kategori #01: Newbie Dalam Digital Marketing.

Penerangan yang terperinci umpama syarahan pensyarah universiti diberi oleh tenaga pengajar pada setiap tajuk yang disentuh. Bagi mereka yang suka mendengar syarahan yang panjang lebar, bengkel ini amat sesuai untuk anda.

Tetapi bagi mereka yang sukakan kaedah pratikal dan hand on. Bengkel ini bakal membuatkan anda merasa cepat bosan dan mengantuk. Diingatkan, tiada tambahan gula-gula diberikan oleh pihak penganjur ye. Hehehehe.

Oleh kerana penerangan diberi adalah secara terperinci, anda yang memang 'zero' dalam digital marketing akan merasa tepu dengan info yang dibentangkan sepanjang bengkel.

Tetapi bagi mereka yang dah biasa mendengar istillah seperti google analytic, google console, google trend, google my business mahupun FB AD ia umpama siaran ulangan yang membosankan untuk anda.

 

Kategori #02: Suka Teknik Coaching berbanding Facilitating.

 

 

Semasa bengkel ini berjalan, anda akan dibekalkan dengan sebuah buku kerja (Work book) untuk diselesaikan sebagai assignment sepanjang tempoh bengkel dan selepas tamat bengkel.

Tiada nota yang dibekalkan selain dari tulisan tangan anda sendiri yang memenuhkan tempat-tempat kosong dalam work book yang dibekalkan tadi. Setiap tugasan yang diberi, anda perlu siapkan dalam masa yang ditetapkan dan ianya wajib diselesaikan.

Ada tugasan yang perlu ditulis di platform yang disediakan dalam google sheet yang sentiasa dipaparkan melalui projector dihadapan kelas dan ada juga yang perlu di email kepada mentor anda.

Setiap hasil tugasan akan dikomen dan disemak satu persatu oleh tenaga pengajar dan anda perlu betulkan apa yang tidak sehaluan dengan pendapat tenaga pengajar tersebut.

Aktiviti ini pada pendapat peribadi penulis memakan terlalu banyak masa. Mungkin boleh dicadangkan untuk mengambil contoh tugasan dari seorang dua peserta sahaja. Bagi mereka yang sukakan pemantauan dan push factor umpama seorang cikgu terhadap pelajarnya, bengkel ini amat sesuai untuk anda.

Tetapi bagi mereka yang sukakan bengkel yang santai, no pushing factor, no assignment, no denda-denda kalau lambat datang atau masuk kelas. Bengkel ini pastinya bakal menjadikan anda stress.

Sekiranya ada bos-bos yang nak 'denda' team marketing mereka tetapi tak tahu macam mana nak buat, bengkel ini merupakan salah satu solusinya. Hehehehehe.

 

Kategori #03: Anda Adalah Pemilik Perniagaan

 

 

Sebenarnya dalam bengkel ini, ia banyak menekankan kepada pembinaan jenama atau branding. Dari proses pemilihan nama sehinggalah kepada teknik memasarkan jenama anda supaya dapat dikenali oleh orang lain.

Ada peserta yang dicadangkan untuk menukar nama branding syarikat atau produk mereka. Ini hanya boleh dilakukan oleh pemilik perniagaan yang mempunyai kuasa mutlak. Sekiranya staff biasa yang hadir, maka berpeluhlah nak tukar itu dan ini serta menjawab persoalan-persoalan asas seperti:

  1. Kenapa pilih nama itu?
  2. Apa signifikan brand anda kepada client.

Sama juga halnya apabila sampai ke topik FB page. Setelah topik copywriting yang memeningkan kepala, anda perlu melakukan posting di page FB syarikat atau personal masing-masing. Pastinya akan menyukarkan kerja kalau FB Page syarikat perlu mendapat kebenaran bos terlebih dahulu untuk melakukan posting dan sebagainya.

 

Kesimpulannya.

Ini merupakan ulasan peribadi penulis berdasarkan pengalaman pada masa dan ketika menghadiri bengkel ini. Ia mungkin berbeza kepada anda di saat dan ketika menghadirinya.

Secara keseluruhannya, penulis memberi tahap memuaskan (3/10) kepada bengkel ini kerana beberapa faktor antaranya:

01 | Lokasi Bengkel

Pihak penganjur memilih lokasi yang tidak mempunyai capaian internet yang memuaskan dan tiada capaian line telephone bagi Maxis dan Celcom. Nama pun bengkel digital marketing, pastinya capaian internet berkelajuan tinggi diperlukan.

Banyak masa dihabiskan dengan menunggu proses loading bagi setiap aktiviti yang melibatkan penggunaan internet. Mood pun jadi loading, loading dan akhirnya ending. hehehehe

02 | Syarahan Panjang

Penulis bersetuju dengan statement ‘kalau tak faham, macam mana nak buat’. Namun, kefahaman boleh dicapai melalui pembacaan nota. Sekiranya bengkel ini adalah ‘hand on’ seperti yang diwar-warkan, sebenarnya ia boleh menjadi lebih baik. Less talk but do more.

Sepatutnya teknik hand on seperti cara setup facebook pixel, teknik submit sitemap ke google, teknik membaca google analytic, dan sebagainya disentuh berbanding dengan syarahan seperti pengenalan kepada google analytic, FB page, keyword, copywriting yang boleh diperolehi melalui pembacaan.

03 | Masa yang lama

Masa pelaksanaan bengkel yang terlalu lama dari jam 9.00 pagi sehingga 7.00 malam dirasakan tidak sesuai kepada peserta yang mempunyai komitment selepas waktu pejabat. Dan masa itu terasa berjalan terlalu perlahan dek kerana terlalu banyak syarahan, penerangan dan perkongsian.

Situasi ini menyebabkan peserta yang mempunyai komitmen selepas waktu pejabat mula resah gelisah dan ada yang mengambil keputusan untuk meninggalkan bengkel tepat jam 5 petang.

04 | Assignment

Penulis bersetuju dengan assignment sebagai aktiviti utama semasa bengkel dan sebagai latihan kepada peserta untuk menambahkan pemahaman mereka namun…. Cara mewajibkan semua menghantarnya adalah kurang bersesuaian.

Andai ada peserta yang tidak beri komitmen sekali pun, bagi pandangan penulis itu hal peserta tersebut dan tidak merugikan sesiapa pun selain diri peserta sendiri. Paksaan menghantar assignment adalah seperti bengkel diperingkat sekolah menengah.

Tambah merumitkan keadaan lagi, setiap assignment perlu dipaparkan di projector untuk semakkan satu persatu secara terperinci. OMG.

Walaubagaimanapun, penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur atas ilmu yang disampaikan. Semoga penambahbaikan dapat dilakukan dari semasa ke semasa supaya bengkel ini menjadi lebih releven untuk semua peringkat peserta.

Related Article | Kuasai Pemasaran Digital

© 2016-2018 derekacreative. All Rights Reserved.