Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Tutorial Ucapan Aidilfitri Chalk Board

Sebelum wujudnya media sosial seperti facebook, Instagram dan twitter, kad raya menjadi pengganti diri utama dalam menyampaikan ucapan aidilfitri kepada rakan taulan tidak kira yang jauh mahupun yang dekat. Namun kini, ucapan aidilfitri boleh disampaikan dengan pelbagai bentuk melalui media sosial. Antara yang popular ialah rekaan kad ucapan online.

Tutorial pada kali ini ialah merekabentuk ucapan aidilfitri yang ringkas namun mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Teknik mudah dan cepat iaitu menggunakan graphic styles chalk board. Selamat mencuba.

 

Langkah #1:

Dapatkan latar belakang ala-ala papan hijau seperti di atas. Anda boleh dapatkannya di google image. 

 

 Langkah #2:

Seterusnya, letakkan ucapan aidilfitri dalam tulisan jawi untuk menimbulkan ciri-ciri islamik bertepatan dengan perayaan ini disambut. Jutaan terima kasih kepada team sifoo.com kerana menyumbangkan koleksi tulisan jawi ini. Anda boleh dapatkan set vector 'Salam Aidilfitri' anda di Muat Turun Tulisan Jawi.

 

Langkah #3:

Taip ucapan aidilfitri yang ingin anda sampaikan di bawah tulisan jawi tadi. Pilihlah jenis tulisan yang mudah dibaca, agar mesej yang ingin anda sampaikan jelas, nyata dan terang.

 

Langkah #4:

Setelah selesai menaip ucapan anda, aktifkan graphic styles chalk board.

Artikel Cadangan | Kehebatan Graphic Styles 

 

Langkah #5:

Sekiranya anda masih belum mempunyai graphic styles chalk board seperti ini, anda boleh muat turunnya secara percuma di sini | Muat Turun Graphic Styles Chalk Board.

 

Langkah #6:

Setelah di-aktifkan graphic styles tersebut, anda hanya perlu 'select all' dan 'click' pada graphic styles yang diminati. Anda boleh cuba satu persatu untuk melihat kesan-kesan chalk board yang timbul.

 

Langkah #7:

Kesan chalk board seperti ini akan terhasil setelah graphic styles di-aktifkan. Selamat mencuba. 

© 2016-2018 derekacreative. All Rights Reserved.