User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

07 Persediaan Selepas Bergelar Graduan

Saat bergelar sebagai graduan amat dinanti-nantikan oleh semua pelajar universiti. Ia menandakan segala perit getir yang dilalui semasa di alam pembelajaran telah pun berakhir. Menamatkan pengajian di peringkat universiti merupakan impian setiap pelajar yang melangkahkan kaki mereka ke menara gading.

Namun hakikatnya, saat tamat pengajian merupakan titik permulaan kepada alam pekerjaan yang lebih mencabar. Tidak semua graduan berjaya menamatkan pengajian mereka. Tahniah kepada anda yang telah berjaya mengharungi cabaran sehingga berjaya menamatkan pengajian.

Tidak semua graduan yang menamatkan pengajian memperolehi pekerjaan yang mereka inginkan. Ada kalanya, ada juga yang terpaksa memilih pekerjaan di luar bidang pengajian mereka.

Ini semua bergantung kepada rezeki masing-masing yang telah ditentukan oleh yang Maha Esa. Namun, usaha yang berterusan merupakan syarat utama dalam menjemput rezeki dari tuhan semesta alam.

Artikel saya pada kali ini adalah berkenaan dengan persediaan-persediaan selepas bergelar graduan yang perlu diberi penekanaan untuk mengharungi dunia pekerjaan.

Sebelum saya pergi jauh dan lebih mendalam lagi, mencari sesuatu pekerjaan merupakan satu proses yang berterusan dan ia memerlukan persediaan yang cukup rapi. Ada antara graduan yang telah dilamar majikan ketika di tahun akhir pengajian, ada juga yang dapat tawaran pekerjaan selepas tamat latihan internship, dan ada juga yang tidak mendapat apa-apa tawaran bekerja walaupun telah lebih 6 bulan menamatkan pengajian.

Sebagai graduan rekaan grafik, pastinya anda sedar bahawa rekaan grafik merupakan kemahiran yang memerlukan anda menyelesaikan masalah komunikasi visual pelanggan anda selain dari perlu menghasilkan artwork yang bermutu tinggi. Semuanya berkait rapat dengan kemahiran. Oleh yang demikian, pastikan anda sentiasa mengasah dan menambah kemahiran yang dimiliki.

 

Berikut Merupakan Antara Persediaan-Persedian Yang Perlu Dilakukan Selepas Bergelar Graduan:

Persediaan No.#01: Hasilkan Resume.

Resume boleh dianggap sebagai refleksi kepada diri kita sendiri. Di sini lah terteranya segala maklumat penting yang perlu diketahui oleh bakal majikan. Menghasilkan resume merupakan langkah pertama dalam menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.

Dalam industri rekaan grafik, resume yang disarankan untuk digunakan ialah jenis ‘creative resume’ atau ‘visual resume’ yang mana format ini menggunakan lebih banyak visual berbanding text. Hiasi resume anda dengan penggunaan icon, simbol, dan pelbagai visual.

Recommended Article: Jenis-jenis Resume Yang Perlu Anda Tahu.

 

Persediaan No.#02: Kemaskini Portfolio.

Portfolio umpama sebuah galeri yang mempamerkan semua hasil karya seni atau ‘artwork’ anda. Di sinilah bakal majikan dapat menilai tahap kemahiran serta kreativiti yang ada pada diri seseorang calon.

Penting untuk anda sentiasa mengemaskini portfolio dan menaik taraf porfolio anda dari offline kepada online yang juga dikenali sebagai digital portfolio atau online portfolio.

Pada zaman teknologi yang serba canggih ini, penggunaan kertas perlu dikurangkan. Kebanyakkan perkara telah beralih arah dari offline kepada online mengikut perkembangan arus digital masa kini. Kebanyakkan syarikat-syarikat juga telah menyedari kepentingan online platform ini.

Adalah lebih mudah dan praktikal seandainya portfolio anda juga boleh dilihat oleh semua orang termasuk bakal majikan anda. Portfolio tersebut boleh di 'access' di mana-mana jua dan pada bila-bila masa sahaja.

Antara platform online percuma yang boleh anda gunakan ialah seperti:

  1. Behance Network.
  2. Dribbble.
  3. Devianart.
  4. Pinterest.
  5. etc.

 Recommended Article : Apakah Kelebihan Digital Portfolio?

 

Persediaan No.#03: Mohon Pekerjaan.

Setelah perkara #01 dan #02 selesai disempurnakan. Tibalah masanya untuk anda memohon pekerjaan di syarikat-syarikat yang mengiklankan jawatan kosong. Cara yang paling pantas dan mudah ialah dengan mencarinya melalui atas talian.

Anda juga boleh memohon pekerjaan melalui borang online yang disediakan atau menghantar permohonan melalui email yang disertakan. Antara laman sesawang yang menyediakan pengiklanan jawatan kosong ialah seperti:

  1. JobStreet Malaysia
  2. Jobsmalaysia.gov
  3. Maukerja
  4. Mudah.my
  5. SPA.gov
  6. Wobb.my
  7. Scoot
  8. Jobi
  9. TribeHired
  10. Startup Job Asia
  11. Wowintro
  12. Intern.my
  13. etc.

Antara tips yang paling berkesan dalam pencarian dan permohonan melalui online ialah kerajinan. Rajin melawati setiap laman web di atas dan membuat sebanyak yang mungkin permohonan.

Recommended Article : Apakah Peluang Kerjaya Graduan Senireka?

 

Persediaan No.#04: Program Incubator.

Program incubator ialah satu program yang dibentuk untuk melatih para graduan membuat latihan secara amali bersama syarikat-syarikat yang terpilih selama beberapa tempoh. Program ini biasanya untuk tujuan membuka perniagaan.

Namun, program seperti Skim Latihan 1 Malaysia (SLIM) yang diperkenalkan oleh kerajaan juga merupakan satu program berkonsepkan incubator. Ini akan memberi pendedahan yang lebih meluas kepada graduan dalam mempelajari selok-belok dalam industri pilihan mereka.

Antara agensi yang menyediakan program incubator ini ialah:

  1. MAD incubator.
  2. Cyberjaya Malaysia
  3. Exabytes
  4. etc.

 

Persediaan No.#05: Tingkatkan Kemahiran.

Walaupun anda telah tamat pengajian, ia tidak bermakna anda tamat dalam mempelajari sesuatu yang baru demi untuk meningkatkan kemahiran diri sendiri. Hadirilah bengkel-bengkel atau kursus-kursus jangka pendek yang berkaitan dengan bidang anda.

Kemahiran-kemahiran bahasa seperti bahasa inggeris, bahasa Mandarin dan sebagainya boleh dipertingkatkan dengan menghadiri kursus-kursus jangka pendek. Begitu juga dengan kemahiran-kemahiran yang lain seperti pemasaran, perniagaan, perisian, dan sebagainya.

Sekiranya kemahiran diri anda meningkat dan sentiasa di ‘asah’. Keyakinan untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik juga akan menjadi lebih cerah. Sekiranya anda meminati bidang pendidikan dan ingin menjadi pensyarah atau tenaga pendidik. Anda boleh mengikuti kursus-kursus Kemahiran Malaysia atau kursus-kursus pengajar seperti Vocational Training Operation (VTO).

Recommended Article : Kemahiran Tambahan Seorang Pereka Grafik

 

Persediaan No.#06: Pameran Kerjaya.

Pernahkan anda menghadiri pameran kerjaya? Atau bilakah kali terakhir anda menghadiri pameran kerjaya?. Setiap universiti pada kebiasaannya akan menganjurkan hari kerjaya pada setiap tahun untuk memberi pendedahan serta peluang pekerjaan kepada pelajar tahun akhir mereka.

Peluang ini seharusnya direbut oleh para graduan untuk mengambil seberapa banyak pengetahuan dan tips-tips kerjaya yang dikongsikan oleh pakar yang dijemput. Selain daripada berpeluang menghadiri temuduga terbuka yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang mencari pekerja.

Selain pameran kerjaya di peringkat universiti, pameran kerjaya diperingkat kebangsaan juga kadangkala diadakan. Antara pameran kerjaya yang biasa dianjurkan ialah seperti:

  1. Pameran Kerjaya JosbMalaysia.
  2. Pameran Kerjaya UTC Malaysia.
  3. Pameran Kerjaya SPA Malaysia.
  4. Pameran Kerjaya Belia Negara.
  5. Pameran Kerjaya Jobstreet.
  6. Pameran Kerjaya Anjuran Kerajaan Negeri.
  7. etc.

Penting bagi anda untuk meluangkan masa menghadiri pameran-pameran kerjaya ini. Manalah tahu, rezeki anda mendapat pekerjaan melalui temuduga hasil dari pameran-pameran kerjaya ini.

 

Persediaan No.#07: Solat dan Berdoa.

Pekerjaan adalah rezeki dari tuhan. Maka dekatkan lah diri pada Nya dengan sabar dan mengerjakan solat. Rezeki perlu dijemput dengan amalan-amalan tertentu supaya rezeki kita menjadi murah dan mudah.

Selepas dari berusaha mencari pekerjaan dengan teknik-teknik yang telah dipelajari, pastinya kita perlu bertawakkal dan serahkan segalanya kepada tuhan pemberi rezeki. Semoga hasil dari usaha kita tadi menjadi hasil yang terbaik untuk kita. In sha Allah.

Recommended Article : 11 Cara Menjemput Rezeki.

 

© 2016-2018 derekacreative. All Rights Reserved.