User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Kuasai Pemasaran Digital

Definisi pemasaran digital ialah segala bentuk pemasaran produk atau servis yang menggunakan peralatan elektronik. Pemasaran digital tidak perlu diperkenalkan lagi terutamanya apabila Negara telah memasuki era Revolusi Perindustrian 4.0.

Istilah-istilah Artificial Intelligent (AI), Big Data, digital government dan sebagainya telah digunakan dan diaplikasikan dalam setiap rencana pembangunan negara. Pemasaran digital terdiri daripada 2 jenis.

  1. Pemasaran Digital Online.
  2. Pemasaran Digital Offline.

Walaupun kaedah pemasaran digital ini telah semakin banyak digunakan, namun masih ramai tidak tahu apakah dan bagaimanakah kaedah pemasaran ini dijalankan. Bagaimanakah untuk membezakan pemasaran digital online dan pemasaran digital offline? Berikut merupakan kategori-kategori yang membezakannya.

 

Kategori pemasaran digital online terdiri daripada:

  1. Search Engine Optimization (SEO)
  2. Search Engine Marketing (SEM)
  3. Content Marketing
  4. Social Media Marketing (SMM)
  5. Pay-per-click Advertising (PPC(
  6. Affiliate Marketing
  7. Email Marketing

Kategori pemasaran digital offline terdiri daripada:

  1. Enhanced offline marketing (Electronic billboards, Digital product demos, Digital product samples)
  2. Radio marketing (Radio commercials, Show sponsoring)
  3. TV marketing (TV commercials, Tele-shopping)
  4. Phone marketing (Cold calling, Text message marketing (giveaways, coupons, loyalty programs)
  5. QR codes

Artikel pada kali ini adalah menjurus kepada pemasaran digital online di mana saya akan menyentuh secara ringkas mengenai langkah-langkah pemasaran digital yang selalu digunakan oleh syarikat-syarikat besar mahupun yang kecil.

Untuk menjalankan pemasaran digital online yang terdiri daripada 7 kategori seperti di atas, langkah utama yang perlu dibuat ialah:

 

Langkah #1: Pembangunan Data Base.

Data merupakan perkara yang paling utama dalam pemasaran digital. Tanpa data base yang meluas dan terperinci, syarikat seperti Google atau Facebook tidak mungkin mampu menjadi taiko dalam penyedia platform pemasaran digital utama dunia.

Yang menariknya, kedua-dua syarikat ini sebenarnya mendapat data secara percuma dari penggunanya, namun mengenakan bayaran apabila pengguna tersebut ingin menggunakan balik data melalui Facebook AD ataupun Google AD.

Data yang dimaksudkan di sini ialah data pelanggan atau bakal pelanggan yang terdiri daripada data demographic dan psychographic. Oleh sebab itu, pembangunan data base perlu dibuat secara berterusan untuk memastikan anda mempunyai data yang mencukupi untuk melakukan pemasaran digital.

Ikuti Bengkel Pemasaran Digital dan ketahui bagaimana kaedah untuk mendapatkan data dan seterusnya membina database anda sendiri.

 

Langkah #2: Pembangunan Platform Menjual Online.

Apa yang dimaksudkan dengan platform di sini ialah lebih menjurus kepada tempat anda menjual produk atau servis anda. Kedai yang anda miliki merupakan platform offline anda, jadi apakah platform online yang membolehkan pelanggan membeli produk anda tanpa berkunjung ke kedai tersebut?

Apa yang dicadangkan oleh kebanyakkan pengamal pemasaran digital ialah anda perlu memiliki sebuah laman web yang mampu menjual atau e-commerce platform.

Ikuti Bengkel Pemasaran Digital dan ketahui bagaimana membina laman web yang menjual dengan mudah.

 

Langkah #3: Penggunaan Tools Pemasaran Digital.

Apabila anda telah mempunyai data dan platform jualan, anda perlu menggunakan pelbagai ‘tool’pemasaran yang terdiri daripada :

  1. Perisian-perisian.
  2. Aplikasi Media Sosial.
  3. Bahan Pengiklanan Online.

Tools ini boleh anda dapatkan secara percuma dan ada juga yang berbayar. Penggunaan tools adalah bertujuan untuk menjimatkan masa dan wang ringgit kerana ia mudah digunakan dan kebanyakannya adalah percuma.

Rekaan bahan pengiklanan boleh anda lakukannya sendiri atau mengupah seorang pereka grafik. Keindahan serta keunikkan rekaan bahan pengiklanan adalah perlu untuk meningkatkan keyakinan pelanggan anda.

Ikuti Bengkel Pemasaran Digital dan ketahui senarai perisian dan aplikasi popular dalam dunia pemasaran digital.

 

Langkah #4: Membina Networking.

Seperti dalam pemasaran offline, mewujudkan networking adalah kunci kepada segala-segalanya. Tanpa networking, maka sukarlah untuk menghasilkan jualan yang berterusan.

Sekiranya dalam pemasaran offline, anda perlu keluar berjumpa dengan ramai orang, berjumpa dengan prospek, duduk di kedai kopi membicarakan mengenai produk anda atau selalu perlu menghubungi prospek melalui talian telephone selama berjam-jam.

Begitu juga dengan pemasaran digital, anda perlu bersosial untuk membina networking. Bagaimana cara dan kaedah bersosial tersebut? Dalam kebanyakkan bengkel dan kursus yang saya hadiri. Tips-tips berikut sering kali dikongsikan.

  1. Menulis blog.

Tips penting | Isu yang dipilih mestilah bersifat informasi dan menyelesaikan masalah seperti tips-tips, tutorial, berita semasa dan perkongsian motivasi harian.

  1. Aktif di media sosial.

Tips penting | Berkongsi aktiviti seharian anda yang positif dan membuat komentar di status rakan-rakan anda. Bersosial lah di media sosial dan bukannya menjual. Jalankan fungsi anda sebagai rakan & bukannya jurujual.

  1. Aktif berforum.

Tips penting | Pilih forum yang berkaitan dengan industri anda, hobi, kerjaya, cita-cita dan bidang kemahiran anda. Jawab pertanyaan dan beri solusi kepada masalah serta berkongsi tips-tips dan koleksi anda. sekali lagi, jangan asyik nak menjual.

Ikuti Bengkel Pemasaran Digital dan ketahui tips penulisan copywriting untuk pengiklanan.

 

Langkah #5: Melakukan Analisa.

Melakukan analisa terhadap kaedah pemasaran digital yang anda telah gunakan adalah amat penting bagi tujuan penjimatan masa dan wang ringgit. Seandainya anda menggunakan kaedah pemasaran digital yang berbayar, analisa ini masih perlu dilakukan dengan lebih terperinci untuk melihat keberkesanan menggunakannya.

Apatah lagi sekiranya anda melakukannya dengan kaedah yang percuma. Proses try n error mungkin perlu dilakukan berkali-kali untuk mendapat result atau hasil yang diharapkan.

Ikuti Bengkel Pemasaran Digital dan ketahui bagaimana cara melakukan analisa untuk digunakan dalam pemasaran.

 

Kesimpulan.

Setiap langkah yang diberikan di atas tadi mempunyai teknik yang perlu dipelajari secara praktikal supaya anda dapat melakukannya dengan betul. Hadirilah Bengkel Pemasaran Digital untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang teknik-teknik yang digunakan.

 

Bengkel Asas Pemasaran Digital.

 

Pra Pendaftaran.

* Sila isi butiran di bawah ini.
 

Download eBook Percuma

Download eBook Logo Design Inspiration

* indicates required
 
© 2016-2018 derekacreative. All Rights Reserved.