User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

05 Perkara Sebelum Beli Laman Web.

Laman web merupakan antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh setiap pemilik perniagaan. Dalam era digital masa kini, laman web menjadi semakin penting dalam proses pembangunan jenama atau penjenamaan.

Dengan memiliki sebuah laman web juga, ia umpama anda telah membina sebuah ‘pintu gerbang’ untuk memperkenalkan jenama anda ke peringkat global. Pemasaran digital yang semakin popular kini menjadi nadi kepada pembangunan teknik dan strategi pemasaran di kebanyakkan syarikat-syarikat besar.

Laman web menjadi platform utama dalam pemasaran digital walaupun media sosial banyak digunakan seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Justeru itu, sebelum anda membuat keputusan untuk memiliki sebuah laman web. Perkara-perkara berikut perlu anda ketahui dan pertimbangkan.

 

Perkara #01: Hosting.

 

Mengetahui reputasi penyedia hosting adalah penting kerana ia akan mempengaruhi prestasi sesebuah laman web yang juga melibatkan kepada kelancaran operasi seperti:

  1. Kelajuan server.
  2. Khidmat Auto Backup.
  3. Ciri-ciri keselamatan (SSL Certificate).

Anda boleh memilih dan membeli hosting dari syarikat penyedia hosting yang anda sukai dan kemudiannya menyerahkan kepada pereka web sekiranya anda tidak yakin dengan hosting yang dicadangkan oleh pereka web tersebut.

 

Perkara #02: Platform.

Wordpress, Joomla, Drupal dan lain-lain merupakan platform yang bercirikan Content Management System (CMS) yang membolehkan anda mengendali serta menguruskan isi kandungan laman web dengan lebih mudah.

Antara keistimewaan menggunakan platform bercirikan CMS ini ialah:

  1. Laman web mudah dikemaskini pada bila-bila masa dan di mana-mana juga.
  2. Ia tidak memerlukan kemahiran teknikal seperti coding untuk mengendalikannya.
  3. Laman web boleh diuruskan oleh ramai admin atau user yang anda lantik.
  4. Rekaan laman web lebih mudah untuk dikemaskini tanpa mengubah isi kandungan.

 

Perkara #03: After Sale Service.

 

Selepas proses pembangunan laman web, kebiasaannya, pereka laman web anda akan menyerahkan segala info berkenaan dengan pengurusan laman web seperti, password untuk ke back end dan sebagainya.

Namun, sekiranya anda menghadapi masalah semasa mengendalikan laman web tersebut, anda pastinya memerlukan bantuan teknikal dari pereka laman web anda. Namun, tidak semua pereka laman web menyediakan khidmat selepas jualan secara percuma.

Anda juga boleh mengupah perkhidmatan pentadbir laman web anda sendiri | Apakah Fungsi Pentadbir Laman Web?

Carilah pereka laman web yang menawarkan khidmat selepas jualan secara percuma atau pada kadar terendah. Antara perkara yang perlu diberi perhatian mengenai khidmat selepas jualan adalah seperti:

  1. Khidmat membuat back-up laman web secara bulanan atau tahunan.
  2. Khidmat melakukan proses up-date kepada extension seperti plug-in, component dan lain-lain.
  3. Khidmat ‘renew’ hosting dan domain name secara tahunan.
  4. Khidmat restore laman web sekiranya ia diserang virus ataupun disebabkan oleh hackers.

 

Perkara #04: Latihan Pengendalian.

 

Sekiranya anda mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengendalikan laman web, perkhidmatan ini mungkin tidak anda perlukan. Namun, sekiranya anda ‘zero’ dalam ilmu laman web. Latihan pengendalian ini amat penting untuk anda.

Penting untuk anda mengetahui cara-cara mengendalikan laman web tersebut tanpa bergantung sepenuhnya kepada pereka laman web. Carilah pakej yang menyediakan latihan pengendalian secara percuma atau pada kos yang rendah.

Ini bertujuan, selain dapat menjimatkan wang, ia juga dapat memastikan anda mampu mengemaskini laman web dengan lebih mudah dan kerap.

 

Perkara #05: Rekaan Laman Web.

Rekaan laman web merupakan antara perkara yang penting. Ini kerana, melalui rekaan yang sistematik, tersusun, ringkas serta menarik mampu memikat pengunjung mengunjungi laman web anda.

Walaupun isi kandungan laman web adalah perkara yang paling utama, namun cara penyampaian dan penggayaan isi kandungan tersebut juga perlu diberi penekanan.

Pemilihan warna yang tepat dengan penggunaan visual serta typografi yang sesuai mampu menjadikan laman web anda menarik. Pilihlah pereka laman web yang mempunyai pengetahuan tentang rekaan grafik.

Ini kerana, laman web yang mempunyai rekaan grafik yang menarik mampu menambat pengunjung yang berkunjung ke laman web anda. 

Baca juga mengenai | Apakah Fungsi Utama Rekaan Grafik?

 

Kesimpulan.

Terdapat banyak syarikat yang menyediakan pelbagai pakej membina laman web. Ada yang murah dan ada yang mencecah ribuan ribu ringgit. Bagi syarikat-syarikat besar, pastinya tiada masalah mengupah pakar untuk membina laman web mereka.

Bagi anda yang masih baru dalam dunia perniagaan, mulalah dengan memiliki laman web mengikut kemampuan anda. Carilah pakej-pakej laman web yang berkos rendah terlebih dahulu (pakej asas). Dan melakukan proses men-upgrade laman web tersebut apabila perniagaan anda semakin maju dan mula menjana lebih keuntungan. In Sha Allah.

Baca juga mengenai | Apakah Peraturan Menjalankan Perniagaan Online?

 

© 2016-2018 derekacreative. All Rights Reserved.