User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

07 Checklist Internship Rekaan Grafik

Internship atau latihan industri sememangnya menjadi satu kewajiban kepada pelajar-pelajar universiti sebelum menamatkan pengajian mereka. Ada internship yang perlu dilakukan di peringkat diploma dan ada juga di peringkat ijazah sarjana muda.

Dalam bidang rekaan grafik, internship merupakan salah satu perkara yang sangat penting untuk menguji tahap kemahiran dan seterusnya menimba pengalaman serta menampal kelemahan yang ada semasa latihan internship.

Kesilapan memilih tempat latihan internship boleh menjadi mimpi ngeri. Ini kerana tidak semua syarikat benar-benar melatih pelajar semasa latihan internship berjalan. Ada juga yang melatih pelajar dengan kemahiran yang tidak relevan dengan bidang anda dan ramai juga yang mengambil kesempatan.

Sebagai pereka grafik, carilah tempat latihan internship yang mampu membawa anda menerokai dunia rekaan grafik secara total serta membantu anda menguasai 06 Kemahiran Tambahan Pereka Grafik

Berikut merupakan antara tips-tips untuk memilih tempat internship anda.

 

#01 Pilih Syarikat Yang Sederhana Besar.

 

 

Enterprise, Sendirian Berhad (Sdn.Bhd), Berhad adalah istilah biasa kepada saiz perniagaan sesebuah syarikat itu. Tips pertama ialah pastikan anda memilih syarikat yang berlesen dan berdaftar dengan badan berwajib. Semak nama syarikat tersebut terlebih dahulu di SSM dan buat lawatan ke syarikat tersebut. Banyak risiko sekiranya anda membuat internship di syarikat yang tidak berlesen.

Memilih syarikat yang terlalu kecil saiz perniagaannya akan memungkinkan anda:

  1. Tiada tugasan yang relevan dengan bidang anda.
  2. Tiada elaun diberikan.
  3. Tiada workstation untuk anda.
  4. Terlalu banyak tugasan untuk anda.
  5. Tiada sistem yang ada bakal pelajari.

Memilih syarikat yang terlalu besar saiz perniagaannya pula memungkinkan anda:

  1. Terlalu banyak tugasan untuk anda.
  2. Terlalu banyak politik.
  3. Tugasan yang tidak relevan untuk anda.

Sekiranya anda menerima terlalu banyak tugasan, berkemungkinan besar anda terpaksa bekerja lebih masa atau terpaksa bekerja pada waktu cuti.

Sekiranya tiada langsung tugasan, anda berkemungkinan besar akan melakukan tugasan yang lain seperti:

  1. Memastikan pejabat bersih (jadi cleaner)
  2. Buat kopi atau minuman (jadi PA)
  3. Buat sales (jadi marketer)
  4. Hantar barang, pergi bank etc (jadi Runner)
  5. Jaga kaunter hadapan (jadi customer service)

Justeru itu, penting untuk anda memilih syarikat yang bersaiz sederhana untuk menjalani latihan internship.

 

#02 Pilih Syarikat Yang Memerlukan Pereka Grafik.

 

 

Bagi mengelakkan anda terperangkap dan terpaksa melakukan tugasan-tugasan yang tidak releven semasa internship seperti yang saya senaraikan di atas tadi. Anda perlu memastikan syarikat tersebut memang memerlukan anda sebagai seorang pereka grafik.

Semak nature of business syarikat tersebut, dan buat sedikit research serta carian adakah syarikat tersebut mempunyai pereka grafik sendiri atau menggunakan outsource untuk kerja-kerja grafik mereka. Ambil tahu juga mengenai, adakah syarikat tersebut pernah mengiklankan jawatan pereka grafik?

 

Baca Juga : Apakah Fungsi Pereka Grafik Kepada Sesebuah Syarikat?

 

#03 Pilih Syarikat Yang Memerlukan New Branding.

 

Tips yang ketiga ini agak susah untuk dicari namun ia banyak diluar sana. Anda perlu membuat branding proposal terlebih dahulu untuk dibentangkan kepada syarikat tersebut. Anda perlu menyakinkan syarikat tersebut bahawa mereka memerlukan anda sebagai grafik designer.

Anda akan menjalankan internship di syarikat tersebut dengan memfokuskan tugasan-tugasan re-branding. Pastinya pemilik syarikat akan berlapang dada sekiranya ada insan yang sudi membantu mencantikkan logo syarikat, stationary, uniform, poster atau bahan promosi syarikat mereka. Andai syarikat tersebut tidak mahu menggunakan rekaan anda, at least anda melakukan skop tugas anda sepanjang latihan internship anda.

 

#04 Pilih Syarikat Dalam Sektor Pilihan Anda.

 

 

Kerjaya Pereka grafik tak semestinya bekerja dalam syarikat advertising house, percetakkan, design house atau yang berkaitan dengan creative content semata-mata.

Syarikat-syarikat seperti travel agency, syarikat berasaskan produk, syarikat-syarikat pengangkutan juga sebenarnya memerlukan pereka grafik untuk menghasilkan bahan promosi dan corporate image mereka.

Sekiranya anda minat bekerja dalam sektor pelancongan. Anda boleh cuba mohon untuk melakukan internship di situ. Anda juga boleh cuba memohon di syarikat-syarikat dalam sektor pilihan anda dengan memberi proposal terlebih dahulu, supaya syarikat tersebut dapat melihat apa relevennya mengambil anda melakukan internship sebagai designer di situ.

 

#05 Pilih Syarikat Yang Berteknologi Tinggi.

 

Tips ini untuk mereka yang gemar bekerja dengan teknologi dan peralatan seperti mesin-mesin percetakkan dan sebagainya. Sekiranya anda sanggup menjadi sebahagian daripada operator mesin semasa dalam latihan internship, anda boleh memilih syarikat yang berstatus kilang.

Kilang biasanya mempunyai mesin-mesin besar dan juga teknologi yang canggih. Anda boleh menggunakan peluang dalam latihan internship ini untuk mempelajari proses pengeluaran dan pengendalian mesin.

Walaupun tidak semua syarikat berstatus kilang percaya kepada kemahiran internship untuk melakukan proses pengeluaran, namun peluang itu sentiasa ada untuk anda mempelajarinya.

 

 

#06 Kenalpasti Mentor Sebelum Pilih Syarikat.

 

 

Pengalaman saya mengendalikan pelajar internship memberikan saya idea mewujudkan sistem mentor mentee. Sebelum anda memohon menjalani latihan internship, seharusnya anda mengenalpasti siapakah yang bakal menjadi mentor anda di syarikat tersebut.

Pastikan mentor tersebut mempunyai pengalaman yang luas dan kredibiliti menjadi seorang mentor supaya sepanjang latihan internship, beliau mampu melatih anda dengan baik dan professional.

Kenapa mentor ini penting?

  1. Memastikan anda menjalani latihan yang sepatutnya mengikut keperluan program yang anda ceburi.
  2. Berkongsi pengalaman dan kemahiran yang beliau miliki mengenai bidang yang anda ceburi.
  3. Menilai anda mengikut sistem penilaian yang professional dan bukannya mengikut emosi semata-mata.
  4. Tidak membiarkan anda hanyut dengan tugasan yang tidak sepatutnya serta keluar dari skop bidang anda seperti buat air kopi, kuli edar flyers, sapu dan buang sampah atau pergi bank buat urusan HR.

Penting untuk anda menghubungi bakal mentor anda melalui email, whatsapps atau sebagainya sebelum anda memohon internship di syarikat tersebut. Jangan sampai tersalah pilih mentor.

 

#07 Pilih Syarikat Yang Mempunyai Sistem Kualiti.

 

Tips yang ke-7 ini mungkin kurang pentingnya tetapi amat besar implikasinya. Apa yang penulis maksudkan dengan syarikat yang memiliki pengiktirafan kualiti ialah seperti:

  1. Persijilan ISO (International Standardization Organization)
  2. Persijilan MSC 
  3. Persijilan 5S

Dan lain-lain yang menunjukkan syarikat tersebut membudayakan kualiti pengurusan dalam operasinya. Ini bakal memberi pengalaman tambahan kepada anda untuk mengadaptasi sistem pengurusan yang professional.

 

Kesimpulan

Selain dari tujuh tips di atas, tips-tips yang biasa diberi seperti lokasi tempat internship, jumlah elaun yang ditawarkan, peluang serap terus menjadi staff, waktu operasi yang fleksibel, peluang dihantar kursus luar dan syarikat yang mesra muslim juga perlu dipertimbangkan oleh anda.

Semoga tips yang berdasarkan pengalaman penulis ini memberi panduan kepada anda yang ingin menjalani latihan internship.

Baca juga mengenai : Apakah Peluang Pekerjaan Bagi Graduan Rekaan Grafik ?

 

Bengkel Asas Pemasaran Digital.

 

Pra Pendaftaran.

* Sila isi butiran di bawah ini.
 

Download eBook Percuma

Download eBook Logo Design Inspiration

* indicates required
 
© 2016-2018 derekacreative. All Rights Reserved.