User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Gabungkan, Pereka Grafik Meletooppp!

Asas kepada semua rekaan pastinya ialah 'element and principle of design'. Begitu juga dengan rekaan grafik, kemahiran menggunakan element dan kemampuan mengekploitasikan principal dalam rekaan mampu melahirkan seorang pereka grafik yang hebat.

Selain dari mempunyai asas rekaan yang kukuh, seorang pereka grafik itu juga boleh mengabungkan kemahiran rekaan mereka dengan kemahiran-kemahiran tambahan supaya mereka menjadi lebih relevan di masa kini dan akan datang.

Apakah kemahiran-kemahiran tambahan yang dimaksudkan? Mengikut pengalaman penulis, kebanyakkan dari rakan-rakan dan juga diri penulis sendiri, dengan adanya kemahiran tambahan ini, kerjaya sebagai pereka grafik dapat diperluaskan dan mampu menjadi nilai tambah untuk menghadapi persaingan sengit dalam alam pekerjaan.

Berikut merupakan kemahiran yang boleh anda pelajari:

#01 Kemahiran Laman Web.

Kemahiran membina laman web biasanya terdapat dalam program sains komputer atau program multimedia. Walaupun terdapat topik dalam silibus diploma rekaan grafik mengenai laman web, namun ia tidak memberi penekanan kepada ‘pembinaan sistem’ tetapi lebih kepada penggunaan software seperti Adobe Flash ataupun Adobe Dreamweaver.

Namun kini, dalam industri laman web, penggunaan CMS (Content Management System) telah digunakan secara meluas oleh pengendali laman web. Ini menyebabkan penggunaan software yang lebih teknikal seperti Adobe Dreamweaver telah dipinggirkan. Kebanyakkan syarikat yang memerlukan laman web lebih 'prefer' menggunakan laman web yang bercirikan CMS seperti Wordpress ataupun Joomla.

Upgrade Kerjaya Anda Kepada :

  • Graphic Designer Cum Web Designer

 

#02 Kemahiran Fotografi.

 

 

Kemahiran ini meliputi kemahiran pengendalian dan penggunaan kamera berteknologi tinggi (DSLR) dengan gabungan perisian untuk melakukan proses editing dan manipulasi foto seperti Adobe Lightroom atau Adobe Photoshop.

Kemahiran ini sangat diperlukan dalam industri pengiklanan agar visual yang digunakan dalam pengiklanan tersebut mampu dikomersialkan.

Upgrade Kerjaya Anda Kepada :

  • Graphic Designer Cum Photographer.
  • Wedding Photographer.
  • Product Photographer

 Artikel Berkaitan : Bagaimana Kaedah Terbaik Shot Gambar Produk?

 

#03 Kemahiran Videografi.

 

 

Industri kreatif telah diwarnai dengan penggunaan element video seperti rekaan multimedia, pengiklanan, web dan sebagainya. Walaupun kemahiran ini biasa diajar dalam program penyiaran, namun ia agak relevan sekiranya seorang pereka grafik mampu menghasilkan rekaan video interaktif dan sebagainya.

Kemahiran melakukan video editing biasanya dilakukan dengan menggunakan software Adobe Premier Pro. Walaubagaimanapun, tidak semua pereka grafik biasa menggunakannya.

Upgrade Kerjaya Anda Kepada :

  • Graphic Designer Cum Videographer
  • Cameraman

 

#04 Kemahiran Marketing

 

Semasa penulis di alam universiti dulu, program keusahawanan memang diajar di peringkat Diploma dan Ijazah. Namun ia tidak mampu menjadikan anda seorang usahawan. Ini mungkin kerana pada masa itu, para pelajar lebih mengangap subjek berkenaan hanya subjek tambahan yang hanya perlu lulus.

Tetapi hakikatnya, ilmu keusahawanan ini amat penting kepada seorang pereka grafik. Dari mana datangnya ‘income’ sekiranya artwork yang dihasilkan tidak dibeli oleh client? Aktiviti Pemasaran atau marketing merupakan nadi kepada keusahawanan.

Dengan era pemasaran digital sekarang atau digital marketing, teknik-tenik pemasaran seperti:

  • Social Media Marketing (FB, IG, etc)
  • Video Marketing (Youtube)
  • Email Marketing

Teknik Marketing ini pastinya memerlukan anda mengetahui pelbagai kemahiran untuk menghasilkannya.

Upgrade Kerjaya Anda Kepada :

  1. Marketer
  2. Business Owner

 Artikel berkaitan : 05 Idea Di Hujung Minggu 

 

#05 Kemahiran Animasi, Game & Apps

 

 

Apa yang dimaksudkan oleh penulis ialah lebih kepada teknologi animasi 2D, 3D dan 4D. Umum tahu bahawa kelengkapan dan perisian untuk menghasilkan animasi biasanya memerlukan sejumlah wang yang banyak untuk memilikinya.

Ia memerlukan sebuah studio untuk menghasilkan animasi yang bernilai komersial. Perkembangan animasi juga kini semakin mendapat sambutan di Malaysia. Begitu juga halnya dengan rekaan game dan juga aplikasi yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Upgrade Kerjaya Anda Kepada :

  • Graphic Designer Cum Animator
  • Game Designer / Developer
  • Apps Engineer

 

#06 Kemahiran Mesin

 

Sekiranya seorang pereka grafik itu ingin lebih serius menjalankan perniagaan sendiri maka kemahiran mengendalikan mesin-mesin atau peralatan dalam menghasilkan pelbagai bentuk produk perlu dikuasinya contohnya pengendalian mesin seperti:

  1. Mesin printer banner atau printer berskala besar.
  2. Mesin Heatpress untuk rekaan t-shirt, beg dan sebagainya.
  3. Mesin menghasilkan button badges dan sebagainya.
  4. Mesin plotter, cutter, laminate dan sebagainya.

Upgrade Kerjaya Anda Kepada :

  • Graphic Designer Cum Machine Operator
  • Business Owner

 

Artikel Berkaitan : 06 Produk Idea Untuk Pereka Grafik.

 

Kesimpulannya

Seorang pereka grafik itu perlu meningkatkan kemahiran-kemahiran dalam diri mereka dari masa ke semasa agar dapat mencapai impian hidup yang diinginkan. Tidak salah andai ingin bekerja dibawah orang lain atau kerajaan sehingga bersara.

Namun peningkatan kemahiran perlu diasah sentiasa agar sentiasa tajam demi kelangsungan industri grafik tanahair dan masa depan pereka grafik itu sendiri.

© 2016-2018 derekacreative. All Rights Reserved.