Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Fungsi Pentadbir Website.

Memiliki sebuah website adalah satu pelaburan yang bijak dan amat digalakkan bagi menghadapi arus digital dalam pemasaran digital yang semakin meningkat. Banyak kelebihan yang bakal anda perolehi dengan memiliki website.

Namun begitu, memiliki sebuah website adalah umpama anda membeli sebuah kereta. Ia perlu diselenggara secara berkala supaya fungsi dan peranannya mengikut expectation anda.

Tidak semua pemilik website mempunyai kemahiran mengendalikan website masing-masing, justeru itu anda seharusnya pertimbangkan untuk melantik pentadbir website anda sendiri.

Siapakah Pentadbir Website atau Webmaster?

Seseorang yang diupah oleh pelanggan (pemilik website) untuk menguruskan website mereka sama ada untuk membuat kemaskini bahan, melakukan backup database, menjaga keselamatan dari digodam atau akibat serangan virus, membantu mengemaskini website (update), membuat rekaan baru banner di homepage jika mempunyai promosi  dan sebagainya.

Masalah Yang Bakal Timbul Sekiranya Tiada Pentadbir Website?

Selepas website telah siap dibina, biasanya anda akan dibekalkan dengan semua maklumat log in website dan lain-lain info dari penyedia perkhidmatan. Anda juga akan dilatih secara praktikal untuk mengendalikan website anda sendiri selama 2 hingga 4 jam.

Apabila latihan selesai diberi, maka pengendalian dari segi teknikal akan diuruskan oleh anda dengan sedikit bantuan dari pihak pembekal perkhidmatan untuk beberapa tempoh mengikut pakej yang telah dipilih. Biasanya sokongan atau bantuan akan diberi antara 6 bulan hingga 1 tahun sahaja.

Namun demikian, mengikut pengalaman, kebanyakan pelanggan tidak punyai masa untuk menguruskan website mereka sendiri dan ada juga yang membuang atau terbuang bahagian-bahagian penting yang telah diset atau dikod kan.

Ini menyebabkan website mereka menjadi kurang kemas dan berubah rekaan dengan serta merta. Apabila website telah diserahkan kepada pelanggan, dan pelanggan telah menukar password admin website mereka, penyedia perkhidmatan tidak mempunyai excess lagi untuk log in ke administrator website anda dan menjadi di luar bidang kuasa penyedia perkhidmatan untuk membantu membetulkan masalah yang timbul.

Ada juga website yang sudah lama tidak dikemaskini menyebabkan info yang ada tidak relevan lagi dan diserang dengan pelbagai jenis virus. Paling menyedihkan, ia digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab disebabkan dengan kelemahan security yang ada di website anda.

Berikut juga merupakan beberapa masalah yang terjadi sekiranya website tidak diuruskan oleh seorang pentadbir yang berkelayakkan:

Masalah #01: Domain (nama cth .com .com.my) ‘Expired.

Ini terjadi kerana mungkin anda terlupa atau terlepas pandang.  Biasanya,  peringatan domain expire akan diberi 1 bulan awal melalui email dan dilanjutkan 3 hari sebelum tarikh ‘expired’ berlaku.

Apa terjadi jika domain anda tidak diperbaharui? Anda akan hilang hak pemilikan Domain anda kerana ia telah dibuka pembelian di  wordwide (selepas 1 bulan selepas expired date), data website anda akan expired dan terhapus serta website anda tidak dapat dibuka lagi.

Masalah #02: Maklumat web tidak dikemaskini (update). 

Tahukah anda, pelawat yang datang ke website adalah umpama pelanggan yang datang ke kedai. Jika pelanggan mengetahui website anda tidak dikemaskini contohnya: ‘promosi tamat tahun 2012’… apa reaksi mereka?

Semestinya mereka kurang berkeyakinan terhadap perkhidmatan yang anda tawarkan. Walaupun tutorial ada diberikan kepada pelanggan, namun kebanyakanya masih ada yang gagal melakukan aktiviti kemaskini. Ini bakal mendedahkan website ada kepada serangan virus dan penggondam.

Masalah #03: Rekaan Banner promosi atau Sliders. 

Kebanyakan pelanggan akan mengekalkan rekaan asal yang direka oleh penyedia perkhidmatan di awal pembangunan website tersebut. Kebanyakan rekaan tersebut dihasilkan dengan menggunakan perisian seperti Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop.

Ini memerlukan kemahiran seorang pereka grafik untuk melakukannya. Jadi, jika ada promosi  baru yang anda ingin lakukan, berkemungkinan besar anda tidak dapat mengekalkan rekaan yang baik untuk website anda.

Masalah #04: Website Rosak.

Sebelum penyerahan website kepada pelanggan, biasanya website tersebut  akan diperiksa dan dipastikan ia berjalan dengan lancar, bebas virus, bebas masalah kod rosak dan sebagainya. Namun begitu, pengendalian yang kurang cekap selepas web diserahkan kepada pelanggan menyebabkan web sedikit dan berubah rekaan serta aturan dari yang asal.

Kesimpulan

Jadi, jika anda mempunyai website, seharusnya anda melantik pentadbir website untuk menguruskan website anda supaya anda boleh focus kepada pemasaran dan pengeluaran.

Berapakah harga servis pentadbir website? Anda boleh melakukan servey secara terperinci di website penyedia perkhidmatan atau ada boleh hubungi kami untuk melakukannya untuk anda.

© 2016-2018 derekacreative. All Rights Reserved.