User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

07 Tips Hasilkan Business Card.

Business card atau kad perniagaan memang tidak asing lagi kepada para peniaga atau individu yang bekerja di bidang korporat. “It’s make you stand out from the crowd of competitors” begitulah istilahnya dalam bahasa inggeris untuk sebuah rekaan business card yang berjaya.

Namun, ia tidak semudah yang bayangkan, kerana memiliki rekaan business card yang cantik dan unik sahaja masih belum mencukupi. Ini kerana, anda perlu menggandakan usaha untuk mengedarkannya kepada bakal pelangan agar matlamat utama kewujudan business card itu dapat dicapai.

Memetik kata-kata dari seorang motivator yang terkenal:

Berikan business card anda sekurang-kurangnya 5 kali untuk mereka mengingati anda & perniagaan anda. – Dato’ Dr. Mohd Hj. Fadzilah Kamsah.

Sudah semestinya anda boleh mengupah seorang pereka grafik melakukannya untuk anda, namun ia lebih menjimatkan sekiranya anda mampu menghasilkan business card anda sendiri. Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda lakukan.

 

 

Tips #01: Prinsip Rekaan..

Antaranya ialah:

  • Minimum besar saiz huruf ialah 8pt.
  • Elakkan menggunakan saiz kurang dari 8pt.
  • Gunakan jenis huruf yang mudah dibaca.
  • Jarakkan semua perkataan sekurang-kurang 3mm / 5mm dari tepi kad. Supaya isi kandungan kad anda tidak terbuang semasa proses memotong.
  • Gunakan imej beresolusi 300dpi ke atas.
  • Gunakan code warna CYMK berbanding RGB.
  • Gunakan teknik grid supaya layout rekaan anda konsisten.

 

 

Tips #02: Isi Kandungan.

Penting untuk anda menjawab soalan  berikut Who, What, Where, Why?

  • Nama anda.
  • Nama syarikat anda.
  • Jawatan anda.
  • No Telephone.
  • Alamat Syarikat.
  • Alamat Email.
  • Perkhidmatan yang anda tawarkan / produk.

Mengikut pengalaman saya, alamat email dan website adalah penting berbanding alamat syarikat. Sekiranya masih terdapat ruang, bolehlah letak alamat syarikat atau abaikan sahaja.

 

 

Tips #03: Kemasan Khas.

Kad perniagaan yang mempunyai kemasan khas akan menambahkan lagi keunikannya. Anda boleh mempertimbangkan untuk menambah kemasan khas seperti:

  • Spot UV
  • Foil Blocking
  • Metalic Ink
  • Emboss

Walaupun kemasan khas ini biasanya akan menambahkan kos kad perniagaan anda tetapi ia amat berbaloi kerana mampu memberi kelainan kepada kad anda.

 

 

Tips #04: Potongan Istimewa (Die-Cut).

Salah satu cara yang terbaik bagi memberi sentuhan yang unik adalah dengan menggunakan teknik die-cut untuk membuang unsur-unsur atau bahagian dari kad anda seperti membuat lubang, atau  menggunakan acuan untuk mengubah bentuk kad anda mengikut bentuk tertentu.

 

 

Tips #05: Bahan Bukan Kertas.

Dengan teknologi percetakkan yang moden sekarang, anda boleh mencetak kad perniagaan anda di atas kepingan plastik, aluminium malahan kepingan kayu. Pasti kad anda mendapat sentuhan keajaiban.

 

 

Tips #06: Gambar, Simbol & Icon.

“Pictures speak louder than words”. Penggunaan banyak visual adalah baik untuk kad perniagaan anda. Walaupun kebiasaanya anda menggunakan perkataan,  pertimbangkan juga untuk menggunakan sesuatu yang lebih visual seperti gambar produk, icon-icon dan simbol-simbol yang berkaitan.

 

 

Tips #07: Pelbagai Guna.

Untuk mengelakkan business card anda hanya disimpan oleh pelangan, anda boleh menjadikan ia pelbagai guna seperti menjadi fridge magnet , kerusi kecil, pocket kalender, USB card dan sebagainya.

 

 

Kesimpulannya.

Meskipun zaman telah berubah dari offline kepada online. Memiliki business card masih lagi dianggap relevan. Ini kerana ia mampu mengeratkan ikatan silaturrahim. Dengan menghulurkan business card kepada bakal pelangan sambil bercerita mengenai perniagaan anda, ia memberikan keyakinan pelangan terhadap perniagaan yang anda jalankan. Selamat mencuba.

 

© 2016-2018 derekacreative. All Rights Reserved.