User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Tutorial Teknik Photo Splash.

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pada tutorial kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda tentang teknik bagaimana menghasilkan kesan splash atau percikkan pada photo anda. Teknik ini amat mudah untuk dicuba tetapi mampu memberi kesan khas kepada gambar photo anda.

Walaupun ia nampak 'simple', tetapi ia amat sesuai digunakan sebagai cover page untuk photo book anda atau hanya sekadar untuk digantung di dinding sebagai perhiasan. Anda juga digalakkan untuk mencuba pelbagai jenis warna bagi mendapatkan hasil yang diingini. Jom kita mula.

 

Langkah #01:

Buka perisian Adobe Photoshop dan setkan dokumen seperti berikut. Anda juga boleh mempelbagaikan saiz dokumen mengikut saiz gambar photo anda sendiri.

 

Langkah #02:

Place kan gambar pilihan anda pada dokumen yang telah disetkan tadi. Untuk menambahkan semangat, saya gunakan gambar semasa saya bernikah dulu sebagai contoh di sini. hehehehe.

 

Langkah #03:

Sila tambahkan gradient seperti yang tertera. Anda juga boleh menggunakan warna lain mengikut kesesuaian gambar photo anda.

 

Langkah #04:

Sebelum mengaktifkan brush tools. Sila tambahkan layer yang baru terlebih dahulu.

 

Langkah #05:

Beginilah hasilnya selepas anda menggunakan brush tool. Anda boleh mencuba pelbagai jenis brush sehingga mendapat hasil yang dihajati.

 

Langkah #06:

 

Tujuan menggunakan 3 layer warna berbeza ini adalah bagi mendapatkan kesan warna-warni seumpama kesan menggunakan warna air. Anda juga boleh mencuba menggunakan warna lain mengikut kesesuaian.

 

Langkah #07:

Gambar photo anda hampir selesai. Sekiranya anda telah berpuashati, anda boleh terus menyimpannya. Tetapi sekiranya ia masih kurang cerah atau jelas. Anda boleh menggunakan adjusment level layer untuk memperbaikinya.

 

 

© 2016-2018 derekacreative. All Rights Reserved.