User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Cara Tempah Business Card.

Salam Maulidur Rasul dan selamat bercuti kepada pembaca sekalian. Pada artikel yang lepas, 06 Info Cara Terbaik Membuat Tempahan T-shirt telah saya kongsikan untuk bacaan semua. Pada artikel kali ini pula, mari kita ketahui beberapa perkara yang penting untuk menempah business card anda.

Perkara #01: Rekaan

 

Perkara yang paling utama sebenarnya ialah rekaan business card anda. Anda boleh dapatkan khidmat pereka grafik untuk menghasilkan rekaan business card atau menggunakan khidmat rekaan di kedai percetakkan tersebut.

Sekiranya anda ingin hasilkan rekaan anda sendiri, anda perlu memastikan ia direka bentuk dengan menggunakan perisian-perisian berikut kerana hanya format dalam perisian ini diterima pakai untuk cetakkan yang berkualiti tinggi.

  1. Perisian Adobe Illustrator (Format ai atau pdf)
  2. Perisian Adobe Photoshop (Format psd atau pdf)
  3. Perisian Coral Draw

Sekiranya anda masih belum mempunyai rekaan business card, anda boleh memilih rekaan dari koleksi rekaan yang sedia ada di sini. Jimat masa dan wang anda.

 

Perkara #02: Kuantiti

Tentukan kuantiti business card yang ingin dicetak terlebih dahulu. Biasanya business card dikira dengan jumlah kotak. Lagi banyak kotak yang anda inginkan lagi murah biasanya yang anda akan dapat.

Terdapat juga peniaga yang telah menetapkan kuantiti minimum tempahan, ini biasanya untuk special printing atau finishing. Di dalam satu kotak mempunyai 100 keping kad.

 

Perkara #03: Material atau Bahan.

 

Perkara seterusnya ialah jenis material yang anda ingin gunakan. Selain daripada kertas, anda juga boleh menggunakan material PVC atau kayu. Namun, pada kebiasaannya material kertas menjadi pilihan pelanggan. Terdapat banyak jenis kertas mengikut ketebalan yang boleh anda pilih. Antaranya seperti:

  1. Art Paper (157gsm)
  2. Brown Paper
  3. Metallic Card
  4. Art Card (260gsm)
  5. Ivory Card (230gsm)

Namun suka juga diingatkan di sini bahawa, tidak semua jenis material ditawarkan oleh setiap kedai. Selain perbezaan dari segi ketebalan, setiap kertas juga mempunyai perbezaan dari segi:

  1. Texture permukaan
  2. Warna/ kilauan
  3. Wangian

Jadi, buatlah pilihan mengikut citarasa anda.

 

Perkara #04: Kemasan atau Finishing

 

Kemasan adalah perkara tambahan yang boleh anda aplikasikan kepada kad anda. Kemasan mempunyai pelbagai jenis antaranya ialah:

  1. Laminate
  2. Hot Stamping
  3. Spot UV
  4. Round Corner
  5. Dye cut

 

#Laminate.

Terdapat 2 Jenis laminate yang boleh anda pilih iaitu:

  1. Matt Laminate
  2. Glossy Laminate

 

 Gloss Laminate

 

#Hot Stamping.

Sekiranya anda berminat menggunakan cetakkan stamping untuk business card anda, anda boleh memilih warna-warna stamping yang pelbagai. Namun, warna stamping yang popular ialah :

  1. Gold Stamping
  2. Silver Stamping
  3. Purple Stamping
  4. Blue Stamping

 

 

#Spot UV / UV Varnish

Sekiranya anda ingin memberi sedikit kelainan pada logo atau tulisan yang ada pada business card, anda boleh mengenakan spot UV ke atasnya dan ia akan kelihatan timbul dan berkilat.

 

 

 

#Round Corner

Terdapat pelbagai pilihan untuk anda mengayakan setiap bucu business card anda. Sekiranya bosan dengan bucu tajam, pelbagaikan potongan bucu dengan pilihan-pilihan berikut.

 

 

 

 

#Dye Cut

Selain dari business card anda berbentuk segiempat tepat, anda boleh custom made business card anda dalam pelbagai bentuk yang anda sukai. Lihat beberapa contoh dibawah ini.

 

 

 

Kesimpulan

Dalam percetakkan business card, terdapat 2 jenis percetakkan utama iaitu cetakkan Offset dan cetakkan Digital. Kebanyakkan kemasan yang saya terangkan di atas adalah untuk cetakkan offset.

Cetakkan offset biasanya memerlukan cetakkan dalam kuantiti yang banyak untuk mendapat harga yang rendah serta memerlukan masa yang lama untuk menghasilkannya.

Berlainan dengan cetakkan digital, anda boleh membeli dengan kuantiti yang sedikit (1 kotak = 100 pcs) pada harga yang rendah serta cepat. Jadi selepas ini, sekiranya anda ingin menempah business card, bolehlah anda memberi maklumat tentang perkara-perkara yang dikongsikan dalam artikel ini. Sekian.

 

© 2016-2018 derekacreative. All Rights Reserved.