User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Cara Buat Tempahan T-Shirt.

Artikel pada kali ini ialah mengenai cara dan kaedah terbaik untuk anda yang masih belum mempunyai pengalaman dalam membuat tempahan mencetak T-shirt. Kenapa artikel ini penting? Ini kerana, sebagai peniaga yang menjalankan perniagaan ini, kami sering ditujukan dengan soalan yang begitu general dalam meminta sebut harga atau quotation.

Antara contoh soalan yang sering diterima:

“ Salam tuan, saya nak cetak t-shirt, berapa sehelai? ”

“ T-shirt kain jersey, kalau order 2 helai je berapa RM? Boleh dapat murah tak? "

“ T-shirt lengan panjang ada tak? Boleh emailkan quotation pada saya? "

Sebenarnya ada banyak lagi contoh soalan yang begitu general untuk dijawab secara terperinci oleh para peniaga. Jadi, demi memberi penjelasan kepada para pelanggan sekalian artikel hari ini akan menerangkan kepada anda, cara yang terbaik untuk membuat tempahan t-shirt.

 

Berikut adalah info yang sangat diperlukan oleh para peniaga dalam menentukan harga t-shirt anda.

 

 

#Info 01: Jenis T-shirt.

T-shirt mempunyai pelbagai jenis kain, pattern dan fizikal. Sila berikan jenis kain yang anda inginkan seperti, kain cotton, kain lacoste/polo/honeycomb, kain microfiber, dryfit, jersey atau lain-lain jenis kain pilihan anda.

T-shirt juga mempunyai pelbagai pattern seperti plain t-shirt, raglan, combination color, muslimah dan sebagainya. Termasuk juga dengan fizikal t-shirt tersebut ada yang round neck, collar, turtle neck, v neck, long sleeve, short sleeve atau 3 quarter sleeve. Jadi, berikan info yang lengan mengikut keinginan anda.

 

 

 

#Info 02: Kuantiti Tempahan.

Penting untuk memberi maklumat berkenaan dengan kuantiti tempahan kerana ia mempengaruhi harga t-shirt tempahan anda. Ada peniaga yang meletakkan minimum kuantiti dan ada juga yang tidak meletakkan minimum kuantiti.

Sekiranya anda ingin menempah di bawah 10 helai, biasanya peniaga akan menggunakan teknik heat press, direct to garment (DTG) atau Sublimation Print. Walaupun ada, namun jarang peniaga menerima tempahan untuk jumlah sehelai. Lagi banyak tempahan anda, lain murah jadinya.

 

 

#Info 03: Artwork / Design

Sekiranya anda mempunyai artwork atau design yang ingin dicetak pada t-shirt tersebut, bolehlah terus sertakan sekali semasa membuat pertanyaan harga. Ini pasti lebih memudahkan peniaga memberi harga. Dengan melihat artwork / design, peniaga dapat mengetahui perkara berikut yang bakal menentukan harga tempahan anda dengan lebih tepat dan cepat:

  1. Saiz cetakkan artwork (A4, A3, A5 atau lebih besar)
  2. Posisi cetakkan (depan, belakang, tepi, atas, bawah)
  3. Warna cetakkan (1 warna, 2 warna atau full color)
  4. Kerumitan cetakkan (half tone, gradient, line halus, font kecil, nombor)
  5. Extra seperti nama individu, nombor individu, gambar individu.
  6. Jenis cetakkan (Plastisol, Discharge, Normal Dye, Special Dye)

Sekiranya anda masih belum mempunyai artwork, anda masih perlu memberi maklumat perkara 1 hingga 6 yang telah dinyatakan di atas tadi.

 

 

#Info 04: Software Hasilkan Artwork / Design.

Mempunyai artwork / design satu perkara, perisian atau software dalam menghasilkan artwork tersebut adalah satu perkara yang lain. Kebanyakkan peniaga memerlukan artwork / design yang dibuat dengan perisian berikut:

  1. Adobe Illustrator
  2. Adobe Photoshop
  3. Coral Draw

Selain dari perisian di atas, minta maaf lah kerana amat sukar untuk peniaga menjalankan proses menghasilkan stencil. Namun, sekiranya peniaga menggunakan mesin Direct to Garment (DTG) mereka mempunyai perisian khas untuk mencetak t-shirt anda.

PENTING untuk anda memahami maksud artwork yang dihasilkan dengan perisian dengan artwork yang diletakkan di perisian. Agak panjang kalau nak terangkan perkara ini di sini. Anda boleh terus bertanya kepada peniaga yang anda ingin deal dengan mereka itu nanti.

Apa akan terjadi sekiranya anda tidak mempunyai artwork / design yang dihasilkan dengan perisian tersebut? Anda masih boleh mencetak t-shirt, namun mungkin anda akan dikenakan artwork charge. Dan sehingga ke saat saya menulis artikel ini, masih wujud peniaga yang mampu memberi perkhidmatan menghasilkan artwork secara PERCUMA. Wow, menarik bukan?

 

 

 

#Info 05: Date line / Delivery Date

Maklumat ini walaupun tidak sepenting maklumat-maklumat di atas dalam menentukan harga, namun suka diingatkan bahawa, urgent job biasanya akan dikenakan extra charge.

Kenapa ini berlaku? Ia berlaku kerana, sekiranya anda memerlukan t-shirt anda siap dengan pantas, peniaga terpaksa melakukan kerja overtime untuk menyiapkan tempahan anda. Dan mungkin juga memerlukan tambahan tenaga kerja untuk bertungkus lumus menyiapkan tempahan anda. Maka, semua usaha tersebut bukanlah percuma.

 

#Info 06 :Method of Delivery

Pada kebiasaanya, pelanggan akan datang ke kedai atau ke lokasi yang telah ditetapkan oleh peniaga. Tetapi ada juga kejadian pelanggan mahu peniaga menghantarnya kepada mereka dengan menggunakan khidmat pos laju, currier atau pengangkutan peniaga itu sendiri.

Ada peniaga yang baik hati tidak mengenakan apa-apa tambahan harga, tetapi kebanyakkan peniaga terpaksa mengenakan tambahan harga mengikut kadar yang standard. Oleh yang demikian penting juga untuk anda memberi tahu peniaga bagaimana kaedah cash on delivery tempahan anda itu nanti.

 

Kesimpulan

Dengan penjelasan pada artikel ini, diharapkan dapat memberi sedikit info kepada anda mengenai cara yang betul dalam anda membuat tempahan cetakkan t-shirt supaya mudah untuk peniaga memberikan harga kepada tempahan anda.

Elakkan dengan memberi soalan terlalu general hingga peniaga terpaksa menjadi detectives demi memberi harga yang terbaik untuk anda. Akhir kata dari saya, betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Sehingga berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.

 

Bengkel Asas Pemasaran Digital.

 

Pra Pendaftaran.

* Sila isi butiran di bawah ini.
 

Download eBook Percuma

Download eBook Logo Design Inspiration

* indicates required
 
© 2016-2018 derekacreative. All Rights Reserved.