User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

06 Jenis Resume Yang Perlu Anda Tahu.

Resume sememangnya diperlukan untuk mencari pekerjaan di Negara ini dan ia merupakan satu keperluan yang wajib semasa membuat permohonan pekerjaan, biasiswa pelajaran atau pembiayaan kewangan.

Terdapat banyak laman web yang menerangkan secara terperinci mengenai tips-tips penulisan resume dan contoh-contoh resume yang baik untuk anda baca. Namun, adakah ia cukup untuk menjadikan resume anda unik dari calon yang lain?

Di Malaysia, setiap universiti pastinya telah memberi latihan serta mengadakan bengkel-bengkel 'finishing school' kepada para pelajar sebelum mereka menamatkan pengajian.

Dengan wujudnya aplikasi seperti perisian pembina resume dan template-template resume yang pelbagai rekabentuk, ia mampu memberi kemudahan kepada anda untuk menghasilkan resume anda sendiri.

Namun, sekiranya anda memerlukan rekaan resume yang lebih unik, anda boleh juga mengupah pereka grafik yang menawarkan perkhidmatan mereka bentuk resume mengikut citarasa anda. Apa yang paling penting selain dari rekaan resume ialah isi kandungan resume itu sendiri. Kajian menyatakan seseorang majikan hanya mengambil masa kurang dari 10 saat untuk membaca dan memilih resume calon-calon yang akan disenarai pendek ke sesi temuduga.

Oleh itu, resume anda mestilah mempunyai rekaan yang unik dengan format yang betul serta isi kandungan yang padat dan tepat. Terdapat berapakah jenis resume?.

Artikel pada kali ini adalah mengenai jenis-jenis resume dan contohnya. Diharapkan perkongsian ini memberi informasi dan manfaat kepada pembaca-pembaca sekalian. Tahukah anda terdapat 6 jenis resume yang boleh anda hasilkan mengikut keperluan majikan. Antaranya:

  1. Chronological Resume
  2. Functional Resume
  3. Combination Resume
  4. E-Resume
  5. Video Resume
  6. Visual Resume

 

Resume #01: Chronological Resume

 

 

  • Layout resume yang paling kerap digunakan.
  • Memaparkan butiran peribadi calon (pengalaman, kemahiran dan sebagainya) mengikut kronologikal dari yang terkini sehingga yang terdahulu.
  • Jenis resume yang paling disukai oleh majikan kerana dapat mengenali calon dengan lebih pantas.

 

 

Resume #02: Functional Resume

  • Layout resume yang terus menyenaraikan pengalaman bekerja, kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk jawatan yang dipohon.
  • Sangat sesuai untuk graduan baru dan yang ingin bertukar kerjaya mereka.
  • Resume ini memfokuskan terus pengalaman bekerja yang ada dan kemahiran yang dimiliki oleh calon berdasarkan keperluan sesuatu jawatan.

 

 

Resume #03: Combination Resume.

  • Gabungan antara jenis chronological dan functional resume.
  • Penekanan kepada kemahiran yang dimiliki dan pengalaman kerja mengikut kronologi.
  • Jenis resume yang paling popular.

 

 

Resume #04: e-Resume

  • Resume mengikut trend terkini yang boleh dilihat dan dihantar secara atas talian seperti menggunakan email, media sosial dan sebagainya.
  • Resume yang lebih pantas, berkesan, mudah dan tidak menggunakan kos yang tinggi.
  • Selain menggunakan email, e-resume juga boleh di upload ke blog, website dan boleh dilihat oleh bakal majikan pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

 

Resume #05: Video Resume

 

 

  • Resume yang menggunakan teknologi video dan audio secara langsung oleh calon.
  • Sangat berkesan dan merupakan resume yang paling kreatif dalam bentuk multimedia yang mempunyai visual, auditory dan kinesthetic senses.
  • Bakal majikan boleh terus menilai kemahiran berkomunikasi, dan kekuatan seseorang calon.

 

 

Resume #06: Visual Resume

  • Resume yang paling popular di kalangan pereka grafik dalam industri kreatif.
  • Resume yang digayakan dengan pelbagai cara persembahan visual untuk menarik perhatian bakal majikan.
  • Lebih banyak menggunakan symbol, icon, infografik dan warna berbanding perkataan.

 

Download Templete Resume Secara Percuma.

Kepada anda yang masih mencari-cari template resume yang menarik, bolehlah memuat turun secara percuma di sini. Jangan lupa like artikel ini sebagai tanda terima kasih anda. Semoga anda berjaya dalam mencari perkerjaan yang diidamkan.

© 2016-2018 derekacreative. All Rights Reserved.