Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Teknik Mencetak T-shirt.

Dalam artikel yang lepas, saya telah pun kongsikan kepada anda tentang kaedah menghasilkan blok cetakkan dengan cara yang ringkas dan mudah. Setelah selesai proses pengeringan blok, proses 'finishing' perlu dilakukan dengan menutup kawasan-kawasan yang tidak tertutup dengan photo emulsion.

'Clear tape' boleh digunakan untuk tujuan ini. Proses mencetak biasanya dilakukan di atas meja khas, namun sekiranya anda masih belum memilikinya, anda boleh menggunakan meja banquet atau apa sahaja jenis meja yang ada.

Terdapat beberapa jenis meja cetakkan yang ada dipasaran, namun ia mempunyai pelbagai perbezaan dari segi cara penggunaan, harga dan saiz. Anda boleh membeli meja cetakkan ini dari syarikat yang membekalkan peralatan silk screen atau dari otai-otai pencetak yang menawarkan harga yang lebih berpatutan.

Anda juga memerlukan saiz ruang yang tertentu mengikut jenis meja yang tertentu. Berikut adalah kaedah mencetak satu warna yang boleh anda cuba.

 

Langkah #01: Bahan-bahan Mencetak. 

Bahan-bahan ini boleh dibeli dari kedai-kedai pembekal silk screen yang ada berhampiran dengan anda. Manakala t-shirt kosong boleh dibeli dari pembekal-pembekal t-shirt yang mempunyai pelbagai gaya dan jenama.

Anda boleh menggunakan aplikasi google untuk mencari dan mengetahui lokasi-lokasi pembekal t-shirt yang berhampiran dengan anda. Manakala Chip board dan spray Mount boleh dibeli di kedai menjual alat tulis. Anda boleh menukarkan chip board dengan papan playwood sekiranya ia lebih mudah bagi anda.

 

Langkah #02 : Menutup Semua Kawasan.

Kawasan yang tidak terkena photo emulsion perlu ditutup dengan menggunakan clear tape agar dye tidak tembus semasa proses mencetak nanti. Pastikan setiap kawasan dan lubang-lubang kecil (jika ada) ditutup dengan kemas dan terperinci.

 

Langkah #03: Penyediaan T-shirt.

 

Masukkan chip board yang telah di gam dengan spray mount ke dalam t-shirt. Ratakan permukaan t-shirt dengan kemas dan tegang tanpa kedutan di bahagian yang ingin dicetak nanti. Masukkan semua t-shirt ke dalam chip board yang ada dan bersedia untuk proses mencetak.

 

Langkah #04 : Kaedah Mencetak.

Letakkan blok cetakkan ke atas t-shirt dan 'setting' blok tersebut di bahagian t-shirt yang ingin dicetak. Lakukan cetakkan mengikut kaedah yang ditunjukkan pada gambar di atas. Antara tips yang boleh anda ikuti ialah:

 

Selain mencetak di bahagian depan dan belakang t-shirt, anda juga boleh mencetak di bahagian lengan t-shirt dengan menggunakan kaedah yang sama. Anda juga perlu mempunyai chip board yang bersaiz lebih kecil untuk tujuan ini.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan untuk teknik mencetak satu warna di atas t-shirt pada kali ini. Untuk cetakkan yang lebih dari 1 warna, saya akan kongsikan pada artikel yang akan datang. Selamat mencuba.

© 2016-2018 derekacreative. All Rights Reserved.