User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Blok Silk Screen, Kaedah Menghasilkannya.

Kaedah cetakkan silk screen sememangnya sangat popular dikalangan pereka grafik dalam menghasilkan rekaan di atas fabrik seperti t-shirt, apron, beg, tuala dan sebagainya. Percetakkan silk screen atau sutera saring bermula dengan proses menghasilkan blok cetakkan atau lebih dikenali sebagai stencil.

Sebelum menghasilkan stencil, rekaan untuk cetakkan perlu dihasilkan terlebih dahulu dan dicetak di atas kertas simili atau kertas tracing dengan menggunakan dakwat berwarna hitam sahaja. Proses ini dikenali sebagai proses menghasilkan filem positif.

Pada artikel kali ini, saya akan berkongsi kepada semua pembaca mengenai kaedah langkah demi langkah yang paling mudah untuk menghasilkan stencil ini. Peralatan tambahan yang perlu disediakan ialah light box atau kotak cahaya untuk proses expose blok stencil.

Kotak cahaya ini boleh anda hasilkan sendiri atau membelinya di kedai-kedai peralatan silk screen. Terdapat juga pengusaha cetakkan baju menghasilkannya untuk di jual kepada orang ramai. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mencari pengusaha tersebut melalui engin carian seperti google.

Berikut ialah langkah-langkah yang perlu anda lakukan dalam menghasilkan blok cetakkan.

 

Langkah #01: Penyediaan Bahan-bahan.

Sediakan peralatan-peralatan seperti di dalam gambar di atas. Ke semua peralatan ini boleh anda beli di kedai pembekal peralatan silk screen seperti Syarikat Hai Kuang di Kuala Lumpur dan Syarikat Khai Lien di Bangi.

Gunakan engine carian sekali lagi untuk mengetahui lokasi setiap syarikat pembekal tersebut. Saya juga menggunakan pembaris set square sebagai penarik photo emulsion. Anda boleh menggantikannya dengan membeli sejenis peralatan bernama 'Coater' seperti gambar di bawah.

 

 

 

Langkah #02: Penyediaan Photo Emulsion.

Penyediaan Photo Emulsion perlu dibuat terlebih dahulu dengan mencampurkan sejenis bahan bernama 'synthesizer' yang dibekalkan bersama apabila anda membeli photo emulsion. Pastikan anda menggunakan nisbah yang betul dalam mencampurkan kedua bahan ini.

 

 

 

Langkah #03: Penyediaan Blok Stencil.

Antara kelebihan menggunakan pembaris set square ini ialah ia boleh digunakan di pelbagai saiz blok, berbanding menggunakan coater pastinya anda perlu menggunakan saiz yang sesuai untuk mendapatkan sapuan yang rata.

Teknik menyadurkan photo emulsion ke atas blok perlu dilakukan dengan perlahan dan cermat agar photo emulsion menjadi rata serta dapat menutupi kain screen pada blok.

 

 

 

Langkah #04: Penyediaan Rekaan Untuk Proses Expose.

 

Selain menggunakan kertas simili, anda boleh juga terus menggunakan kertas tracing atau filem clear plastik. Anda tidak perlu menggunakan minyak masak sekiranya menggunakan kertas tracing atau filem plastik.

Ratakan minyak masak di atas keseluruhan rekaan sehingga kertas tersebut menjadi lutsinar. Kemudian ikuti langkah-langkah dalam proses expose blok di bawah ini.

 

 

Langkah #05: Proses Mencuci Blok.

Gambar di atas menunjukkan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk mencuci blok. Selain dari menggunakan kaedah ini, anda juga boleh menggunakan water jet seperti gambar di bawah untuk proses menanggalkan photo emulsion. Selaraskan kelajuan water jet yang sesuai supaya tidak merosakkan blok stencil.

 

Setelah proses cucian selesai, sila pastikan blok anda betul-betul kering sebelum boleh digunakan untuk proses cetakkan di atas T-shirt. Anda juga perlu menutup bahagian-bahagian yang tidak ditutupi oleh photo emulsion dengan menggunakan clear tape terutamanya di bahagian tepi blok stencil tersebut.

Begitulah proses menghasilkan blok stencil yang boleh anda cuba sendiri. Anda juga boleh menghasilkan light box pertama anda sendiri dengan menggunakan peralatan yang sedia ada seperti gambar di bawah. Selamat mencuba.

 

© 2016-2018 derekacreative. All Rights Reserved.