Apakah Beza Logo, Simbol & Icon?

Seorang pereka grafik pastinya lebih memahami makna dan perbezaan antara 3 istilah ini kerana merekalah yang mencipta mengikut kehendak client. Namun, apakah yang di maksudkan dengan logo, simbol dan ikon?

 

#01: Logo

 

Logo adalah lambang yang biasa digunakan untuk mewakili sesuatu perusahaan komersial, organisasi, persatuan dan juga individu yang bertujuan untuk membantu dan menggalakkan orang ramai mengenali perusahaan mereka.

Logo sama ada menggunakan gambar atau menggunakan perkataan yang lebih dikenali sebagai logotype atau wordmark mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang mudah diingati.

 

#02: Simbol

Simbol pula ialah tanda pengenalan yang mewakili sesuatu objek, fungsi, tempat, acara, perasaan, sifat dan sikap dengan menggunakan gambar. Biasanya gambar yang digunakan telah diubahsuai dengan cara meringkaskan, menambahkan dan mengabungkan gambar tersebut supaya dapat mencapai matlamatnya dan maksudnya.

 

#03: Ikon

Ikon adalah imej grafik, gambar kecil atau objek yang mewakili sesuatu fail, program, elemen laman web, atau arahan yang terdapat di dalam komputer atau alat elektronik seperti telefon bimbit, elektronik kiosk, Microwave, mesin basuh dan sebagainya.

Ikon membantu anda mengenalpasti arahan, program atau dokumen dengan lebih cepat. Penggunaan ikon biasanya memerlukan anda melakukan klik sekali atau 2 kali untuk mengaktifkannya.

 

 

Kesimpulannya:

Sekarang anda telah mengetahui istilah bagi ketiga-tiga perkara di atas. Pastinya anda boleh mengenalpasti perbezaan antara ketiga-tiganya. Penggunaan istilah atau 'term' yang betul adalah penting supaya salah faham dapat dielakkan serta akan memudahkan pereka grafik menghasilkan rekaan seperti yang dikehendaki oleh anda.

Pengunjung Online

We have 237 guests and no members online

Download eBook Percuma

Download eBook Logo Design Inspiration

* indicates required
 

Senarai Ebook

04 February 2019
02 February 2019
02 February 2019
02 February 2019
01 February 2019
01 February 2019
01 February 2019
01 February 2019
01 February 2019
01 February 2019
© 2016-2019 derekacreative. All Rights Reserved.