Asas Membina Jenama

Jenama jugalah yang membezakan produk anda dengan pesaing anda secara keseluruhannya.

Pembinaan jenama bermula dari saat anda merasakan produk atau perkhidmatan anda mampu menyelesaikan masalah pengguna dan memenuhi keperluan mereka. Anda seharusnya terus mengambil langkah:

  • Mempunyai logo syarikat atau produk sebagai identiti untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan anda kepada bakal pelanggan. Jadikan business card anda dan pembungkusan produk anda sebagai medium memperkenalkan identiti syarikat kepada umum.
  • Mempunyai bahan promosi dan pengiklanan untuk memujuk pelanggan membeli produk yang anda tawarkan. Wujudkan brochure, flyers, poster dan sebagainya mengikut budjet promosi anda.
  • Mempunyai medium komunikasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan anda seperti laman web, blog dan media sosial. Layan setiap pelanggan anda walau dimana anda berada dan pada bila-bila masa.
  • Mempunyai rancangan pemasaran demi menjaga kelangsungan perniagaan anda.

Sudahkah anda mempunyai perkara-perkara di atas sebagai langkah pertama dalam pembinaan jenama anda? Aktiviti di atas memerlukan anda sentiasa berkomunikasi dengan pelanggan di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja demi pembinaan jenama anda, persoalannya ialah bagaimana?

Rekaan grafik adalah salah satu solusi yang boleh digabungkan bersama rancangan pemasaran anda. Mengikut kajian, kaedah asas dalam pembinaan jenama ialah membina identiti perniagaan dengan rekaan logo syarikat dan produk. Dengan mempunyai logo sendiri, pembinaan identiti akan diperluaskan oleh rekaan berikut:

  • Business card
  • Pembungkusan
  • Uniform
  • Sticker

Tiba masanya untuk anda sentiasa membawa business card ke mana jua anda berada dan mengedarkannya ke seberapa ramai bakal pelanggan yang anda jumpa. Anda juga boleh meletakkan logo beserta tagline syarikat atau produk anda pada kemeja mahupun t-shirt dan digayakan oleh anda dan staff setiap hari apabila keluar dari rumah mahupun untuk ke mana sahaja.

Cetak logo anda pada sticker dan lekatkan pada kereta anda atau kereta syarikat anda supaya identiti syarikat anda sentiasa diperkenalkan kepada umum. Cubalah.

Pengunjung Online

We have 99 guests and no members online

Download eBook Percuma

Download eBook Logo Design Inspiration

* indicates required
 

Senarai Ebook

04 February 2019
02 February 2019
02 February 2019
02 February 2019
01 February 2019
01 February 2019
01 February 2019
01 February 2019
01 February 2019
01 February 2019
© 2016-2019 derekacreative. All Rights Reserved.