05 Idea Perniagaan Hujung Minggu.

Namun, bagi mereka yang ingin mencari pendapatan lebih, masa terluang hujung minggu boleh digunakan untuk menjana sedikit pendapatan tambahan dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang memberi nilai kepada orang lain. Berikut adalah beberapa idea yang boleh anda cuba untuk dilakukan pada hujung minggu ini. 

 

Idea #1: Berniaga Di Pasar Malam atau Car boots Sales.

Biasanya pasar malam dan car boots sales ada dijalankan di hujung minggu. Anda boleh mengambil peluang untuk menyewa satu petak dan menjual produk yang anda hasilkan sendiri atau pre-love barangan anda yang masih elok tetapi dah tak digunakan. Antara produk yang boleh anda jual adalah seperti ini.

 

Idea #2: Peluang Di Majlis Perkahwinan.

Biasanya pada hujung minggu, majlis perkahwinan jiran, sanak-sedara, kawan-kawan, kawan kepada kawan-kawan akan dilangsungkan. Selain dari anda hadir demi memenuhi undangan, anda boleh mengambil peluang untuk menjana sedikit pendapatan dengan menjadi Un-Official Photographer.

Caranya adalah dengan anda datang dengan kamera DSRL anda. Tunggu sehingga majlis bersanding, ambil gambar beberapa angle yang unik dan cantik semasa majlis bersanding itu berlangsung.

Lakukan editing gambar-gambar tadi menggunakan adobe photoshop dan buat sikit image manipulation agar kelihatan unik. Hantar teaser gambar tersebut menggunakan wassep kepada pengantin.

Nombor telefon pengantin biasanya ada di kad jemputan perkahwinan mereka. Sertakan sekali pakej cetak gambar beserta frame. Biasanya pengantin kena tunggu berminggu-minggu nak dapat gambar dari official Photographer mereka.

Di sini peluang anda untuk jual gambar siap edit kepada pengantin dengan cetakkan segera. Bayangkan kalau gambar hasil editing dan manipulation anda memang terbaik, pasti pengantin order satu. Nak lebih berkesan, tunjuk kepada pengantin perempuan. In sha Allah, mana tahu ada rezeki anda nanti.

 

Idea #3: Rekaan T-shirt Anda Sendiri.

Sebagai pereka grafik, menghasilkan rekaan adalah ‘makanan’ harian anda. Buat beberapa rekaan mengikut ketegori dibawah ini dan jualnya melalui pasaran offline atau online.

  1. T-shirt kelab-kelab kereta
  2. T-shirt Pasukan bola sepak tempatan atau luar Negara.
  3. T-shirt rewang kenduri
  4. T-shirt filem-filem box office

Anda juga memikirkan rekaan t-shirt yang lain mengikut pemerhatian anda sendiri.

 

Idea #4: Melukis Mural.

Caranya adalah dengan pergi mencari taska atau tadika yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Buat tawaran perkhidmatan lukisan mural yang anda hasilkan sendiri. Mana tahu, hujung minggu depan anda mula menetap kat Taska atau Tadika sehari suntuk mengadap dinding untuk hasilkan mural. Tapi tak pe, duit masuk.

 

Idea #3: Tuisyen atau Bengkel.

Bukan tuisyen subjek matematik, sains atau Bahasa inggeris sahaja yang orang cari sekarang ini. Tuisyen atau bengkel perisian Adobe Illustrator dan Photoshop pun ramai yang memerlukannya.

Cukup dengan mengajar asas Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop untuk permulaan. Terangkan sikit manfaat dan peluang yang akan diperolehi oleh mereka dan anak-anak mereka andainya mahir dalam perisian-perisian tersebut.

 

Pengunjung Online

We have 91 guests and no members online

Download eBook Percuma

Download eBook Logo Design Inspiration

* indicates required
 

Senarai Ebook

04 February 2019
02 February 2019
02 February 2019
02 February 2019
01 February 2019
01 February 2019
01 February 2019
01 February 2019
01 February 2019
01 February 2019
© 2016-2019 derekacreative. All Rights Reserved.