Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

04 Kaedah Mengambarkan Produk Anda

Bagaimanakah cara terbaik untuk mengambarkan produk anda bagi tujuan pengiklanan dan promosi?. Bukan hanya untuk tujuan pengiklanan di media sosial, majalah, brochure, website, banner dan sebagainya. Tetapi juga boleh digunakan untuk pembungkusan produk.

Selain dari mengupah jurufoto professional untuk melakukan pengambaran studio, anda juga boleh menggunakan kemahiran mengambil gambar sedia ada untuk shot produk anda. Tetapi, Bagaimanakah caranya? Ketahui 04 Kaedah Mudah Mengambarkan Produk Anda.

 

Kaedah #1: Shot Produk Sahaja (Product Alone)

 

Shot produk anda semata-mata tanpa menggunakan latar belakang, props dan sebagainya. Ambil gambar dari pelbagai sudut, jangan lupakan teknik close up, full shot dan sebagainya. Kaedah ini memberi penekanan kepada sifat luaran produk dan keunikkan produk anda dari segi warna, texture, pembungkusan dan sebagainya.

Selain untuk memperkenalkan rupa luaran produk dengan terperinci, kaedah ini juga mampu menarik perhatian pelanggan sekiranya mendapat sentuhan kesan khas dari software tertentu.

 

Kaedah#2: Produk Yang Digayakan (Produk in setting)

Berlainan dengan kaedah product alone tadi, kaedah ini memerlukan kreativiti anda untuk menggayakan produk itu bersama props, pengguna ataupun situasi yang bersesuaian.

Ambillah gambar produk anda bersama sejambak bunga, atau di atas meja yang cantik, atau di tepian pantai yang memutih dan sebagainya. Kaedah ini memberi penekanan kepada persoalan bagaimana produk tersebut digunakan dalam kehidupan seharian (real life).

 

Kaedah #3: Produk Yang Sedang Digunakan (Product in Use)

Kaedah ketiga ini biasanya digunakan oleh syarikat-syarikat besar untuk menonjolkan keunikkan produk keluaran mereka dengan mengambil gambar produk itu sedang digunakan atau dimakan oleh pengguna.

Kaedah ini memberi penekanan kepada cara dan situasi terbaik menggunakan produk tersebut. Teringat saya kepada produk biskut OREO yang perlu dicelup ke dalam susu terlebih dahulu sebelum dimakan bagi menambahkan rasa hebat bikut tersebut.

 

Kaedah #4: Produk & Faedahnya. (Product Benefits)

Kaedah ini biasanya memerlukan kemahiran manipulasi imej atau penggunaan model untuk menjayakannya.Tunjukkan gambar sebelum dan selepas pengguna menggunakan produk anda atau ambil gambar perbezaan produk anda dengan produk pesaing.

Penekanan kaedah ini adalah kepada faedah semata-mata yang akan pengguna rasai selepas menggunakannya. Kaedah ini biasanya berkesan sekiranya anda menggunakan model atau testimonial dari pengguna yang telah menggunakan produk anda.

Selamat mencuba.

© 2016-2018 derekacreative. All Rights Reserved.