Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

06 Rahsia Perniagaan T-Shirt

Ramai dikalangan rakan-rakan dan juga bekas pelajar saya yang mengambil jurusan senireka grafik telah menceburi bidang perniagaan percetakkan T-shirt. Perniagaan ini boleh dikategorikan sebagai perkhidmatan atau produk atau kedua-duanya sekali.

Ilmu rekaan grafik yang telah dipelajari menjadi satu kelebihan utama kepada mereka untuk bergiat aktif dalam perniagaan ini secara sepenuh masa mahupun secara sambilan demi menampung kos kehidupan yang semakin tinggi. Selain dari ilmu rekaan yang baik, berikut merupakan 06 perkara wajib yang perlu diketahui sebelum memulakan perniagaan percetakkan t-shirt ini.

 

Perkara #1: Ilmu.

Ilmu cetakkan seperti kaedah silkscreen, platisol, heatpress, dan sebagainya perlu dimahiri dengan menghadiri bengkel-bengkel yang dianjurkan oleh otai-otai yang telah lama berkecimpung dalam industri ini.

Setiap bengkel atau kursus yang dianjurkan mempunyai kelebihan dan perbezaan tersendiri dari segi yuran, tempoh bengkel, pakej percetakkan dan sebagainya. Namun pastikan perkara-perkara asas tidak terlepas pandang.

 

Perkara #2: Peralatan.

Pastinya tanpa alat-alat yang betul pelbagai masalah akan anda hadapi. Alat penjana wang ini boleh dimiliki sikit demi sedikit atau secara sekaligus, Antara alat-alat yang diperlukan ialah seperti:

Kaedah Silkscreen:

  1. Meja Cetak
  2. Light Box
  3. Blok
  4. Dye
  5. Squeegee
  6. Coater
  7. Photo Emulsion
  8. Kain Screen
  9. Dan sebagainya.

Kaedah Heat Transfer:

  1. Mesin Heat Press
  2. Cutting Plotter
  3. Foil
  4. Sublimation Printer
  5. Sublimation Paper
  6. Vinyl
  7. Dan sebagainya.

 

Perkara #3: Pembekal

Pembekal untuk mendapatkan mesin-mesin dan bahan-bahan mentah seperti t-shirt kosong, dye dan sebagainya perlu ada ebih dari satu pembekal. Untuk mendapatkan harga ejen, anda perlulah mendaftarkan diri atau syarikat anda terlebih dahulu kepada pembekal tersebut.

Ada pembekal yang memerlukan no. daftar perniagaan (SSM), ada juga yang tidak. Antara pembekal yang boleh anda daftar menjadi ejen:

Antara Contoh Supplier T-Shirt Kosong:

  1. UB Uniform Marketing (M) Sdn.Bhd (Jenama Oren Sport)
  2. MD Textile Sdn.Bhd (Jenama Four Square)
  3. Evergreen Adventure Sdn.Bhd (Jenama Freelife/Four Square)
  4. Rians Malaysia Sdn. Bhd (Jenama Rians)
  5. Esping Corporation Sdn. Bhd

Antara Contoh Supplier Peralatan Silkscreen:

  1. Khai Lien
  2. Hai Kuang
  3. DIY

 

Perkara #4: Medium Pemasaran.

Bagaimana untuk mendapatkan pelanggan andai aktiviti pemasaran tidak anda lakukan dengan betul dan berkesan?. Antara medium pemasaran yang boleh anda bina secara percuma ataupun berbayar ialah seperti:

  1. Facebook Page / Facebook AD
  2. Instagram / Instagram AD
  3. Blog / Nuffnang AD
  4. Twitter / Twitter AD
  5. Google Plus/Google Ad / Google Adword
  6. Pinterest

Anda juga perlu keluarkan sedikit pelaburan untuk mendalamai teknik pemasaran melalui medium-medium di atas dengan menghadiri bengkel atau kelas yang di anjurkan oleh pakar dalam teknik tersebut.

 

Perkara #5: Premis Kedai Atau Kedai Online.

Rancangan perniagaan jangka panjang seharusnya anda fikirkan untuk kesinambungan kemajuan perniagaan anda. Seharusnya matlamat membuka kedai untuk menjalankan perniagaan menjadi perkara utama.

Selain dari membuka premis kedai, anda juga boleh memulakan perniagaan dengan membuka kedai online terlebih dahulu. Ini adalah satu langkah bijak sementara menunggu modal anda mencukupi untuk dilaburkan ke premis kedai. Membuka kedai online atau website memerlukan pelaburan yang minima berbanding membuka premis kedai.

 

Perkara #6: Rekod Perakaunan.

Penting juga untuk anda mendalami sedikit ilmu perakaunan supaya aliran tunai perniagaan anda sentiasa direkod dengan betul dan sistematik. Perkara ini sangat penting untuk mengetahui untung rugi perniagaan anda.

Perisian perakaunan percuma seperti Microsoft Excel boleh anda gunakan kerana ianya juga mudah. Namun kemahiran tambahan diperlukan untuk membangunkan sistem perakaunan dalam perisian tersebut.

Namun kini, telah wujud sistem perakaunan yang automatik yang boleh anda beli dipasaran. Membuat pelaburan untuk memiliki sistem perakaunan ini merupakan satu pelaburan yang berbaloi kerana ia tidak memerlukan kemahiran yang tinggi untuk mengendalikannya.

 

© 2016-2018 derekacreative. All Rights Reserved.