Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Kajian Pengaruh Rekaan Grafik

Pada artikel kali ini, saya ingin kongsikan hasil satu kajian yang telah dibuat oleh Syarikat Xerox iaitu sebuah syarikat yang mengeluarkan mesin percetakkan terkemuka di dunia.

Hasil dari kajian dan pemerhatian yang telah dilakukan, didapati rekaan grafik mampu mempengaruhi pembelian sesuatu produk atau perkhidmatan di pasaran. Sebagai seorang pengguna, kita pasti mempunyai pengalaman membeli-belah demi memenuhi keperluan serta keinginan harian kita.

Tidak kira kita membeli di kedai runcit, kedai serbaneka atau terus ke pusat membeli belah yang lebih besar seperti TESCO, GIANT, MYDIN atau sebagainya, pasti kita akan membuat pemilihan sebelum membeli sesuatu produk.

Dalam kita menentukan pembelian sesuatu produk, fakta menunjukkan bahawa kita akan:

  1. Memilih produk yang telah terkenal jenamanya. Jenama dan kualiti seiring. Di sini logo memainkan peranan dalam mengenalpasti jenama.
  2. Memilih produk yang mempunyai pembungkusan yang menarik dari segi rekaan, warna dan sebagainya.
  3. Memilih produk yang menawarkan harga yang berpatutan dan mampu milik.

Begitu juga dengan pemilihan sesuatu perkhidmatan, setuju atau tidak, keindahan serta keunikkan rekaan grafik yang diaplikasikan ke atas perkhidmatan tersebut menyumbang kepada pengaruh pembelian anda.

Sekiranya rekaan grafik yang menarik dan berkesan digunakan, pengaruh pembelian produk atau perkhidmatan akan menjadi lebih kuat keran keyakinan pelanggan menjadi lebih tinggi. Adakah perniagaan atau syarikat anda memerlukan rekaan grafik untuk meningkatkan pengaruh pembelian? Sekiranya YA, anda memerlukan seorang pereka grafik untuk membantu anda.

Strategi pemasaran yang disokong oleh rekaan grafik yang baik dan menarik sentiasa memberi kesan yang positif. Rekaan grafik yang mampu menyokong aktiviti pemasaran anda adalah seperti:

  1. Rekaan logo syarikat / logo produk.
  2. Rekaan Brochure / Flyers / Poster.
  3. Rekaan Business Card / Letterhead/ Envelope.
  4. Rekaan Resit/ Quotation/ Invoice/ Rubberstamp.
  5. Rekaan Website / Mini Site/ Blog / Media sosial.
  6. Rekaan Banner / Bunting / Booth / Signboard Kedai.
  7. Rekaan Pembungkusan / Label / Stiker/ Tag / Beg.
  8. Rekaan Pengiklanan.

Tiba masanya untuk anda cuba menggunakan pengaruh rekaan grafik dalam meningkatkan hasil jualan anda yang menyokong strategi pemasaran dan pembangunan syarikat serta perniagaan anda. Pepatah melayu ada menyatakan "kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.' Cubalah.

© 2016-2018 derekacreative. All Rights Reserved.